Tuesday, February 24, 2009

BeRiTa GeMbIrA

Pada ahad lepas aku bawa isteri tercinta ku pergi beli barang di pekan Parit Raja.Sedang berjalan di pekan isteri aku ajak singgah di Guardian dia cakap



"abg ayg nak singgah guardian la nak beli pregnancy test"



aku menjawab



"ok syg".



Lepas tu kami terus pulang ke rumah.Sampi di rumah isteri aku membuat ujian tersebut.Bila tunggu beberapa saat ujian tu menunjukkan positif.Aku dah mula excited tp cover2 ckit.Aku tidak berpuas hati.Malam nya aku berkata pada isteri aku.



"Sayang jom kita pergi klinik kita buat peeriksaan kat sane untuk mensahihkan lagi keputusan tadi"



kata ku sambil ambil kunci kereta.Sampai di klinik isteri aku terus daftar dan tak lama kemudian nurse panggil



"puan latifah sila masuk".



Bila dah kat dalam aku pulak yang berdebar-debar macam aku pulak yang mengandung.Isteri aku pun terus buat ujian air kencing.Dan akhir nya doktor sahkan dan Berkata



"Tahniah isteri awak positif mengandung dah 5 minggu".



Peh punyer ler aku gembira rasa macam nak melompat-lompat jek dalam bilik tu..



"Terima kasih doktor"



kataku sambil control gembira.Malam tu aku tak dapat tidur kerana terlalu gembira dan asyik berangan aku bakal jadi AYAH.
Macam tidak percaya......

2 comments:

mEiZ AraNda said...

hehehhehe...
TAHNIAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!

balduPuteh said...

to mEiZ AraNda

Thank a lot