Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri orang pada 26 Dis 2008. Pada 27 Dis 2008 juga Majlis Perkahwinan ku berjalan dengan jayanya....Thank to my family especially my parents kerana telah banyak membantu. Dan antara pekara yang di sambut bersama pada Majlis Perkahwinan aku itu adalah Suprise Birthday For Kak Long (Kak ipar no1). Thank to Kak ct (kak ipar no.5) kerana menjadi kumpulan komplot aku ha ha..... Merah padam muka kak long masa tu bila DJ dan Kami adik beradik menyanyikan lagu 'Panjang Umur' untuk beliau. Walaupun birthday kak long disambut awal sehari aku rasa gembira bila suprise kami menjadi, lgpun kak long sekeluarga banyak membantu sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. Credit gak to my second brother n family untuk sesi fotografi dan 3 periuk saiz ekonomi. Thank gak to my pren kerana sokongan kalian dan meraikan majlisku ini.Suka sangat gambor kat atas ini. Kenangan yang sukar untuk dilupakan....
Buat masa sekarang kami dok berjauhan hu hu....PJJ. tak pelah dugaan, harap-harap ada rezeki lain untuk mendekat kat kami. Perkara yang sangat mengharukan aku bila dengar My Hubby tersedu membaca taklik untuk aku.... aku pun apa lagi nak tahan nangis tak leh gak, sampaikan bulu mata palsu aku pun tercabot ha ha....
Setelah bergelar suami isteri banyak perkara yang kami lakukan bersama. Antaranya adalah menjadi imam kepadaku..... Syahdu sungguh....Ku berharap mahligai yang kami bina berkekalan hingga ke akhir hayat.... Amin!
** Sorry kawan2 kerana lambat posting antara gambo lain leh la melawat blog my bro www.tokrimau.tk
No comments:
Post a Comment