Friday, May 22, 2009

MaKnA CiNtA DaRi NaMa....

N : ..pemberi ciuman yang bagus
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
R : ..seorang yang lucu
A : ..seorang yang gila-gila
R : ..seorang yang lucu
I : ..manis dan romatis
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
I : ..manis dan romatis
N : ..pemberi ciuman yang bagus juga

&

L : ..pemberi ciuman yang bagus
A : ..seorang yang gila-gila
T : ..senyuman yang menawan
I : ..manis dan romatis
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
A : ..seorang yang gila-gila
H : ..setia kepada yang satu

Monday, May 18, 2009

ReMpIt

Hari nih firt time aku pegi kerja dari Parit Raja ke Mersing naik motor.Pagi-pagi dah merempit menempuh sejuk pagi dan kabus dia punyer sejuk sampai ke tulang.Seronok juga sesekali merempit.Teringat aku masa bujang dulu motor lah kenderaan aku yang terutama.Kenapa dulu aku boleh ulang alik Seremban-Johor tiap2 minggu dengan hanya menaiki motor, ni kan lagi Parit Raja-Mersing lagi dekat hanya mengambil masa lebih kuarang 1 jam 45 minit dan kos minyak hanya RM6.00 sahaja,berbanding dengan memadu kereta memakan masa 2 jam hinga 2 jam 30 minit dengan kos minyak Rm 30.00..Jimat bukan naik motor.Dengan motor jugak lah aku dah sampi merata di malaysia ni..Satu kepuasan dalam diri aku...

Friday, May 15, 2009

JiWa KaCaU

Status hari ini masih bercuti. En. Suami telah pergi ke tempat kerja. Melihat En.Suami bersiap-siap dengan baju melayu mengingatkan saya sesuatu.
Saya rindu tempat kerja lama. Setiap jumaat pagi, akan ada majlis membudayakan al-quran. Bekumpul beramai2. Dan dengar cerita diorang ada wat hari keluarga hari ni dan esok. Agak jelous sebenarnya mendengar......Kerja disana seronok coz walaupun ada banyak kerja, kawan2 adalah happening ok!
Kenapa saya pindah????
Saya dapat tawaran kerja lain yang setaraf dengan kelulusan saya. Kebetulan kerja sebelum ini adalah bertaraf kontrak dan gaji berdasarkan SPM. Berkerja di badan berkanun, hanya perlu jaga bos dan membuat kerja pegawai lain bila diarahkan. Staf2nya juga agak happening. Tapi nasib tak menyebelahi, pihak pengurusan agak teruk. Saya ditawarkan gaji di tangga T9, tetapi setelah 4 bulan bekerja saya diberitahu pihak pengurusan bahawa tersilap memberi gaji dan diarahkan membayar semula apa yang saya dapat. Total bayaran yang saya perlu jelaskan adalah di dlam RM1000++. It's unfair ok. Saya masuk berdasarkan surat tawaran bukan
meminta-minta gaji. Sampai sekarang, pihak pengurusan ada mengeluarkan surat arahan lagik. Saya tak tahu nak rujuk hal ini di jabatan mana? Email telah saya hantar ke JPA untuk rujuk kes saya ni, tapi hampir seminggu tiada lagi feedback? Apa komen u all?
Kebetulan mendapat tawaran di tempat kerja lain sebulan sebelum mendirikan rumah tangga. Jawatan adalah sama ditempat kerja sebelum ini dan gaji diterima adalah T9. Bekerja dengan orang-orang pandai.... Menjaga bos juga dan 3 bos kecil. Tempat kerja, kawan-kawan adalah slow tak happening langsung. Banyak membuat hal sendiri. Dan agak bosan bila bos meminitkan supaya tindakan di ambil oleh pegawai ini, kemudian pegawai ini mencampak kepada saya. Serupa mcm tu saya je yang buat semua. Bosan!!!!
Ada plak pegawai yang suka jadikan saya orang tengah. Sengal! kan senang direct jerk. Huh..tak paham betul. Expectation saya sebelum masuk kerja di sini adalah silap. Jangkaan saya bekerja dengan orang2 bijak adalah mudah al-maklum IQ masing2 tinggi, tapi jangkaan saya meleset
Tahlah saya dah busan dengan situasi yang dialami. Dah la dok jauh dengan En.Suami..... Bukan tidak mencuba untuk mencari kerja dekat dengan en. suami, tapi nasib belum menyebelahi kerana punca pekerjaaan disini agak sukar dan ia hanya sebuah daerah kecil. Rasa hati ingin mencari kerja yang lain. Baru2 ini ada jawatan kosong dibuka, tapi bekerja di tempat orang2 bijak jugak. Hasrat hati mahu memohon jawatan lain daripada sekarang. Ermmmm.... tahlah dah tak berani nak wat jangkaan lagik. Takot tersilap....Masih dalam pertimbangan mahu memohon atau tidak....Dalam dilema!

Thursday, May 14, 2009

DiAri BaKal IbU

Hari ini saya MC
Esok saya telah mengambil cuti tahunan
Saya ke Daerah lain hari ini
Mengikuti suami....
Duduk dirumah
melayan mata
melayan citer wonderpets, sambil ikot menyanyi2 riang
Dan
Yang penting saya perlu guna masa sebaiknya untuk rehat secukupnya..
Tidak sabar menunggu En.Suami pulang
Mahu mengajak beliau bejalan-jalan di tepi pantai
menghirup udara segar

Friday, May 08, 2009

"iBu"

Pagi-pagi ni terima panggilan daripada En. Suami. Sungguh terharu coz suami ucapan 'Selamat Hari Ibu'. Yelah, saya bakal menjadi seorang ibu. Kira first year lah sambut hari ibu. Sebelum-sebelum ni just wish je untuk mak 'Puan Hajah Zainab'. I Love u mum. Happy Mother's Day.

Kepada kak ipar saya, tahniah kerana mendapat baby boy semalam.....(7 Mei 2009)

Sambil bersiap nak p kerja mendengar isu yang dibincangkan di Malaysia Hari Ini TV3. Isu yang dibincangkan adalah kes ragut yang baru-baru ini mengorbankan 2 orang ibu mengandung. Meremang bulu roma saya, sayu sangat mendengarnya. Yelah kesian kat ibu dan anak yang tidak berdosa. Apatah lagi anak-anak yang ditinggalkan.

Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat....Amin.
Dan
Moga mereka yang membuat angkara itu, dihukum dengan setimpalnya..

Saturday, May 02, 2009

3 BuLaN

KeTiKa GeNaP 3 BuLaN......