Friday, January 30, 2009

PePeRiKsAaN PeRkHiDmAtAn AwAm



Ades aku kene study buku perintah am sebab 26hb 2 2009 ni aku kene amik periksa .Harap2 semua lulus dan aku boleh sah jawatan.Susah jugak kerja kerajaan ni nak kene periksa pastu lulus baru ler boleh sah jawatan.Aku ingat bila dah dapat keje takder periksa2 lagi huhuhu...
Antara kandungan buku ni ialah :
- Peraturan2 Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Pengurusan Pejabat
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
- Akta Acara Kewangan
Dengan bantuan rakan sepejabat dapat la aku buku ni lau tidak aku kene beli ler jawabnyer
Tengok tajuk macam susah jek soalan dia tapi x tau lah tunggu 26hb februari nanti aku periksa.
Tebal buku ni pun bley tahan boleh ker abiskan baca selama sebulan ni huhuhu....
Soalan ramalan pun tak der caner aku nak jawab niiiiii.
HArap2 aku dapat jawab ..

Sunday, January 25, 2009

BaTu PaHaT - MeRSiNg

24 JaNuAry 2009
oUr JoUrNey

KeLaPa SaWiT


MeRsINg



' ToGether-GaTher'


25 JaNuAry 2009 (MeRsInG - KoTa TiNgGi)


Wednesday, January 14, 2009

WeeKend Programme

Weekend lepas
jumaat = batupahat - kulai
sabtu = kulai - kota tinggi
isnin = kulai - batu pahat
weekend ini
jumaat = batu pahat/ kulai (dalam perancangan)
sabtu = kulai - kota tinggi (bwk parent melawat mentua)
ahad = ????
isnin = workdays
Masa cuti hujung minggu sekarang dirasakan sangat singkat. Kadang-kadang tak dapat mengnikmati cuti hujung minggu lagi. Segalanya perlukan PENGORBANAN.

Thursday, January 08, 2009

BunCit

Hari ini genap 15 hari perkahwinan aku
aku sungguh gembire skang ader orang jaga
walaupun duduk sorang barat sorang timur.
Badan aku sejak kawen macam kene pam
lagi-lagi tang perot dan "BUNCIT" macam mengandung hahahha
Skang aku dalam proses menurunkan berat badan
berjogging, berdiet, dan pakai krim mustajab hahah
harap badan aku segak balik macam hero filem hollywod
"KATAKAN TIDAK PADA BUNCIT"
Itu slogan ku yang aku tanam tok mencapai angan2 aku
hehehehehe.

kONgSi

dulu
saya bersendiri
sekarang
saya sudah berteman
saya berkongsi segalanya bersama si DIA
saya sangat gembira
ada teman
ada teman yang sentiasa disisi
ada teman yang sentiasa mendengar luahan hati saya
ada teman yang sudi membantu saya di rumah
ada teman sejati diwaktu senang ataupun susah.....
dulu dan kini sangat berbeza...

Wednesday, January 07, 2009

ReNteTan MaJLis





Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi dengan sekali lafaz aku telah menjadi isteri orang pada 26 Dis 2008. Pada 27 Dis 2008 juga Majlis Perkahwinan ku berjalan dengan jayanya....Thank to my family especially my parents kerana telah banyak membantu. Dan antara pekara yang di sambut bersama pada Majlis Perkahwinan aku itu adalah Suprise Birthday For Kak Long (Kak ipar no1). Thank to Kak ct (kak ipar no.5) kerana menjadi kumpulan komplot aku ha ha..... Merah padam muka kak long masa tu bila DJ dan Kami adik beradik menyanyikan lagu 'Panjang Umur' untuk beliau. Walaupun birthday kak long disambut awal sehari aku rasa gembira bila suprise kami menjadi, lgpun kak long sekeluarga banyak membantu sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. Credit gak to my second brother n family untuk sesi fotografi dan 3 periuk saiz ekonomi. Thank gak to my pren kerana sokongan kalian dan meraikan majlisku ini.Suka sangat gambor kat atas ini. Kenangan yang sukar untuk dilupakan....

Buat masa sekarang kami dok berjauhan hu hu....PJJ. tak pelah dugaan, harap-harap ada rezeki lain untuk mendekat kat kami. Perkara yang sangat mengharukan aku bila dengar My Hubby tersedu membaca taklik untuk aku.... aku pun apa lagi nak tahan nangis tak leh gak, sampaikan bulu mata palsu aku pun tercabot ha ha....

Setelah bergelar suami isteri banyak perkara yang kami lakukan bersama. Antaranya adalah menjadi imam kepadaku..... Syahdu sungguh....Ku berharap mahligai yang kami bina berkekalan hingga ke akhir hayat.... Amin!

** Sorry kawan2 kerana lambat posting antara gambo lain leh la melawat blog my bro www.tokrimau.tk

Monday, January 05, 2009

Di KLIA

3 dan 4hb yang lepas aku dan isteri aku bersama emak dan akak aku pergi ke KLIA..Mula2 tu terpikir gak letih gak nak pergi tp disebabkan memikirkan pengorbanan akak aku dah banyak tolong aku, aku pun pergi menghantar dia ke KLia naik belon tok pergi ke sarawak. Hahaha padan muka kene ngajo kat sarawak, Gelak sakan aku ketawakan dia...Kami bertolak petang sabtu terus ke kampung halaman aku di kampung Kelanang Banting untuk menziarahi atok & nenek aku.Alhamdulillah semua sihat tp nenek kene demam ckit..Lepas tu aku pergi rumah makcik aku kat klang untuk bermalam.
Esok pagi aku bangun aku nengok mak dan akak aku dah siap."Wah tak sabor nampak nak naik kapal terbang hahahha" kata ku yang separuh mamai..Aku siap2 tok ke KLIA.Lepas aku trun kan barang aku cari parking.PEh jauh giler dia punye parking nk tanggal lutut aku ber jalan tok ke terminal dari parking.
AKu nengok kat kawasan kauter tok ke sawarak ramai budak, ader yang tak sabor nak pergi,ader yang tanak nak pergi, macam2 ragam.Tak sangka cikgu pun ade yang sengal hehe (jangan Mare).Dah Siap semua aku hantar akak aku ke tempat masuk dalam, disitulah last aku bley jumpe dia peh sedih siot.Ye la ni akak aku yang paling rapat & paling sempoi ngan aku..Demi tugas tok mendidik anak2 bangsa aku doakan ko berjaya dalam mendidik anak2 bangsa kita.cayok cayyok..