Tuesday, September 08, 2009

GeLaGat NuRse

Semalam ke Klinik. Agak lama juga menunggu giliran. Sampai masa dipanggil nurse, nurse cop perkara-perkara tersebut dalam buku merah:-

Datang Ke Hospital Segera jika ada:
- Keluar Air Mentuban
- Keluar Darah
- Anak Kurang Gerak
- Sakit hendak bersalin

Nurse : Baca ni, faham tak?
Saya : Faham (Dalam Hati Bengkak Je Rasa)

Banyak lagi pekara yang diperli saya. Agaknya nurse ni datang bulan kot. Nasihat bebaik agaknya, dah tak boleh kot... Lagipun saya bukan ada pengalaman. Ni lah yang pertama. Saya siap ingatkan dia lagi utk beri injection ke-2 kepada saya. Sepatutnya saya tak perlu buat begitu. Dah tugas n tanggungjawab nurse buat apa yang sepatutnya kepada pesakit.

Walaupun telah diingatkan, nurse tu terlupa juga. Sampaikan kasi tarikh next appointment pun tersilap2, macam dah tak leh pikir dah. Sabarjelah sempena bulan ramadhan ni.

** Tangan masih rasa sengal2 ubi lagik kerana bekas injection semalam....

Monday, September 07, 2009

JaDual HaRi IsNin

Biasalah kalau dah hari isnin ni, agak moody sedikit.
nak cari mood kerja agak sukar he he..

Lagipulak pagi2 tadi dalam pukul 3.00 dah bangun coz sakit perot.
sampaikan rasa Confuse sekejap sakit perot nak bersalin or sakit pewot nak membuang. Aduhai!!! Cepat2 bergegas ke bawah cari Mr.Tan. Tak sempat nak kejot husband untuk temankan saya turun ke toilet. Then bunyi alarm pukul 4.45 pagi untuk sahur saya dah rasa mamai2. Tak larat plak nak bangun. Kesian kat husband ikot jugak dia turun ke bawah, teman sahur. En. Husband goreng telor hu hu. Saya just minum susu n makan kurma.

Petang ni kena p klinik utk check up lagik. Dah penat n burink sebenarnya nak menjalani rutin ke klinik ni. Demi baby nak tak nak kena la wat juga. Baby sekarang aktif dalam perot ni...Suka sangat tengok pewot time baby bergerak! Due next month, macam2 rasa ada ni!

Thursday, September 03, 2009

MoOdY

Hari ini terasa bosan untuk bekerja. Seolah-olah tiada mood pula. Selamatlah bos tak ada ke KL dan bos lagi satu bercuti. Cuma yang tinggal bos kecil2 sahaja.

Hari ini kena wat BSP lagik ujian darah untuk kesan kencing manis. BSP ni kena wat 4 kali, pukul 8pg, 11.30pg, 5.00ptg dan 10.00mlm. So kerjanya hari ni ulang alik klinik jelah. Harap2 sempena bulan yang mulia ini, dipermudahkan lah segalanya.

Monday, August 24, 2009

HaPpY BirThDaY

Buat Suami Tercinta,
Selamat Hari Lahir
Moga di Panjangkan Umur
Dan
Dimurahkan Rezeki
Amin...
LoVe U Much!!

Tuesday, August 18, 2009

DiAri iBu MeNgaNdUng 7 BuLaN

Alhamdulillah
Pemeriksaan darah hari tu ok jerk
Tak ada kesan gula dalam darah
24hb Ogos kena p check up
dan
3 Sept kena wat 4 kali pemeriksaan darah lagik...
As usual rutin bakal ibu...

Minggu lepas p berurut
Ikutkan nak urut kaki je coz selalu sangat kakinya tegang
Tapi...
Alang2 dah berurut, urutlah terus satu badan
Apa yang makcik tukang urut tu cakap
Buat saya berdebar-debar untuk menunggu saat bersalin
Hu hu...
Harap2 dipermudahkan semuanya...

Tuesday, August 04, 2009

sTress!!!

Saya agak stress sejak peristiwa semalam. Semalam check up kena minum air gula dalam 1 mug. Selepas 2 jam kena check darah dan air kencing. Then detect kandungan gula dalam darah agak tinggi sedikit. Aduh! dugaan apakah ini. So khamis ni, terpaksa menyerah diri untuk di ambil darah sebanyak 4 kali. Next week jumpa doktor plak untuk tahu result.

Kawan-kawan doakan semuanya selamat ok :)

Monday, July 13, 2009

aLaHai CuCu!

Mak sedang bersiap-siap nak menghadiri kenduri kawen di JB tengahari tu. Mak gosok 2 pasang baju. Oleh kerana kelam-kabot baju yang lagi satu mak tak sempat nak hanger. Mak hanya sidai di kerusi malas.

Balik daripada kenduri di JB. Cucu-cucuMon telah berkumpul di rumah mak. Afimon tumpahkan air atas meja. Afimon ambik baju yang mak sidai di kerusi malas, kesat air yang tumpah di atas meja tadi. Habis baju cantik mak, jadi kain buruk ha ha. Alahai cucu!

Sunday, July 05, 2009

aFiMoN



saya : afi kenapa perot uteh besar ni?



afimOn : tu lah uteh makan banyak sangat!

Thursday, July 02, 2009

HiNgAr

Bingit
Pejabat seakan kebingitan Pasar!
HUH

Wednesday, June 24, 2009

GeRaM

Harap Je Pangkat Tinggi...
Belajar Tinggi-Tinggi....

BODOHNYA PUN BERTINGKAT-TINGKAT

Tuesday, June 09, 2009

AlhamDuLiLah

Penantian Itu, Suatu Penyeksaan...
Tetapi...
Penantian Ini Sangat Berbaloi

Dapat Panggilan Daripada En.Suami...
Beliau Dapat Pindah Ke Daerah Yang sama dengan Saya

ALHAMDULILAH......
Mungkin Rezeki Anak,,,,,
Berkat Doa Ibubapa yang Sedang Mengerjakan Umrah Sekarang....
Dan Doa Kami bersama yang tidak putus-putus....

'Dan Rahsiakanlah Perkataanmu aTaU Lahirkanlah Sesungguhnya DIA Mengetahui Segala Isi Hati'
(Al-Mulk:13)

'Sesungguhnya Tuhan Maha Berkuasa Dan Maha Mengetahui'

Monday, June 08, 2009

eMoSi iNi

Kesat Air Mata Itu
Usah Menangis Lagi.....

Teruskan Hidupmu
Pedulikan Apa Yang Berlaku....

Wednesday, June 03, 2009

MaSaLah, Gj & AiR MaTa

saat masalah dan gejolak jiwa itu hadir
air mata ini mengalir dengan derasnya

andai gejolak di jiwa ini dapat hilang
sederas air mata ini mengalir....
alangkah mudahnya :)

Friday, May 22, 2009

MaKnA CiNtA DaRi NaMa....

N : ..pemberi ciuman yang bagus
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
R : ..seorang yang lucu
A : ..seorang yang gila-gila
R : ..seorang yang lucu
I : ..manis dan romatis
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
I : ..manis dan romatis
N : ..pemberi ciuman yang bagus juga

&

L : ..pemberi ciuman yang bagus
A : ..seorang yang gila-gila
T : ..senyuman yang menawan
I : ..manis dan romatis
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
A : ..seorang yang gila-gila
H : ..setia kepada yang satu

Monday, May 18, 2009

ReMpIt

Hari nih firt time aku pegi kerja dari Parit Raja ke Mersing naik motor.Pagi-pagi dah merempit menempuh sejuk pagi dan kabus dia punyer sejuk sampai ke tulang.Seronok juga sesekali merempit.Teringat aku masa bujang dulu motor lah kenderaan aku yang terutama.Kenapa dulu aku boleh ulang alik Seremban-Johor tiap2 minggu dengan hanya menaiki motor, ni kan lagi Parit Raja-Mersing lagi dekat hanya mengambil masa lebih kuarang 1 jam 45 minit dan kos minyak hanya RM6.00 sahaja,berbanding dengan memadu kereta memakan masa 2 jam hinga 2 jam 30 minit dengan kos minyak Rm 30.00..Jimat bukan naik motor.Dengan motor jugak lah aku dah sampi merata di malaysia ni..Satu kepuasan dalam diri aku...

Friday, May 15, 2009

JiWa KaCaU

Status hari ini masih bercuti. En. Suami telah pergi ke tempat kerja. Melihat En.Suami bersiap-siap dengan baju melayu mengingatkan saya sesuatu.
Saya rindu tempat kerja lama. Setiap jumaat pagi, akan ada majlis membudayakan al-quran. Bekumpul beramai2. Dan dengar cerita diorang ada wat hari keluarga hari ni dan esok. Agak jelous sebenarnya mendengar......Kerja disana seronok coz walaupun ada banyak kerja, kawan2 adalah happening ok!
Kenapa saya pindah????
Saya dapat tawaran kerja lain yang setaraf dengan kelulusan saya. Kebetulan kerja sebelum ini adalah bertaraf kontrak dan gaji berdasarkan SPM. Berkerja di badan berkanun, hanya perlu jaga bos dan membuat kerja pegawai lain bila diarahkan. Staf2nya juga agak happening. Tapi nasib tak menyebelahi, pihak pengurusan agak teruk. Saya ditawarkan gaji di tangga T9, tetapi setelah 4 bulan bekerja saya diberitahu pihak pengurusan bahawa tersilap memberi gaji dan diarahkan membayar semula apa yang saya dapat. Total bayaran yang saya perlu jelaskan adalah di dlam RM1000++. It's unfair ok. Saya masuk berdasarkan surat tawaran bukan
meminta-minta gaji. Sampai sekarang, pihak pengurusan ada mengeluarkan surat arahan lagik. Saya tak tahu nak rujuk hal ini di jabatan mana? Email telah saya hantar ke JPA untuk rujuk kes saya ni, tapi hampir seminggu tiada lagi feedback? Apa komen u all?
Kebetulan mendapat tawaran di tempat kerja lain sebulan sebelum mendirikan rumah tangga. Jawatan adalah sama ditempat kerja sebelum ini dan gaji diterima adalah T9. Bekerja dengan orang-orang pandai.... Menjaga bos juga dan 3 bos kecil. Tempat kerja, kawan-kawan adalah slow tak happening langsung. Banyak membuat hal sendiri. Dan agak bosan bila bos meminitkan supaya tindakan di ambil oleh pegawai ini, kemudian pegawai ini mencampak kepada saya. Serupa mcm tu saya je yang buat semua. Bosan!!!!
Ada plak pegawai yang suka jadikan saya orang tengah. Sengal! kan senang direct jerk. Huh..tak paham betul. Expectation saya sebelum masuk kerja di sini adalah silap. Jangkaan saya bekerja dengan orang2 bijak adalah mudah al-maklum IQ masing2 tinggi, tapi jangkaan saya meleset
Tahlah saya dah busan dengan situasi yang dialami. Dah la dok jauh dengan En.Suami..... Bukan tidak mencuba untuk mencari kerja dekat dengan en. suami, tapi nasib belum menyebelahi kerana punca pekerjaaan disini agak sukar dan ia hanya sebuah daerah kecil. Rasa hati ingin mencari kerja yang lain. Baru2 ini ada jawatan kosong dibuka, tapi bekerja di tempat orang2 bijak jugak. Hasrat hati mahu memohon jawatan lain daripada sekarang. Ermmmm.... tahlah dah tak berani nak wat jangkaan lagik. Takot tersilap....Masih dalam pertimbangan mahu memohon atau tidak....Dalam dilema!

Thursday, May 14, 2009

DiAri BaKal IbU

Hari ini saya MC
Esok saya telah mengambil cuti tahunan
Saya ke Daerah lain hari ini
Mengikuti suami....
Duduk dirumah
melayan mata
melayan citer wonderpets, sambil ikot menyanyi2 riang
Dan
Yang penting saya perlu guna masa sebaiknya untuk rehat secukupnya..
Tidak sabar menunggu En.Suami pulang
Mahu mengajak beliau bejalan-jalan di tepi pantai
menghirup udara segar

Friday, May 08, 2009

"iBu"

Pagi-pagi ni terima panggilan daripada En. Suami. Sungguh terharu coz suami ucapan 'Selamat Hari Ibu'. Yelah, saya bakal menjadi seorang ibu. Kira first year lah sambut hari ibu. Sebelum-sebelum ni just wish je untuk mak 'Puan Hajah Zainab'. I Love u mum. Happy Mother's Day.

Kepada kak ipar saya, tahniah kerana mendapat baby boy semalam.....(7 Mei 2009)

Sambil bersiap nak p kerja mendengar isu yang dibincangkan di Malaysia Hari Ini TV3. Isu yang dibincangkan adalah kes ragut yang baru-baru ini mengorbankan 2 orang ibu mengandung. Meremang bulu roma saya, sayu sangat mendengarnya. Yelah kesian kat ibu dan anak yang tidak berdosa. Apatah lagi anak-anak yang ditinggalkan.

Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat....Amin.
Dan
Moga mereka yang membuat angkara itu, dihukum dengan setimpalnya..

Saturday, May 02, 2009

3 BuLaN

KeTiKa GeNaP 3 BuLaN......


Monday, April 20, 2009

DiAri iBu MeNgaNdUng

Usia kandungan masuk bulan ke 3 bersamaan dengan 13 minggu. Muntah dan loya semakin menjadi-jadi. Lagilah menanggung, sendirian... yelah En.Suami berada di daerah lain.
Kuat tak kuat, hidup harus diteruskan. Harus ditanggung. Fikiran harus sentiasa positif.

Saya tak pernah merasakan kegembiraan berada di opis ini. Persekitaran sangat terok dan berkerja dengan orang-orang yang mempunyai 'Penyakit Hati' bukan mudah. Ada sahaja perkara yang tidak kena dimata mereka, walhal taraf kita adalah serupa.

Ibu mengandung ini banyak sangat dugaan. Harus berdepan dengan banyak perkara. Harus memotivasikan diri setiap masa, menguatkan semangat dan keazaman diri sendiri serta persekitaran. Berat mata memandang, berat lagi. Ibu yang pernah mengandung sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini. Betol kan c's Mya.

Di mana harus diluah isi hati ini. Hanya tuhan yang maha mengetahui.....

Ya Allah aku berlindung kepadaMU dari perasaan sedih & dukacita,
Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan Malas,
Dan berlindung kepadaMU dari sifat penakut dan juga bakhil,
Aku berlindung kepadaMU dari beban hutang & tekanan Manusia
Amin....