Usia kandungan masuk bulan ke 3 bersamaan dengan 13 minggu. Muntah dan loya semakin menjadi-jadi. Lagilah menanggung, sendirian... yelah En.Suami berada di daerah lain.
Kuat tak kuat, hidup harus diteruskan. Harus ditanggung. Fikiran harus sentiasa positif.
Saya tak pernah merasakan kegembiraan berada di opis ini. Persekitaran sangat terok dan berkerja dengan orang-orang yang mempunyai 'Penyakit Hati' bukan mudah. Ada sahaja perkara yang tidak kena dimata mereka, walhal taraf kita adalah serupa.
Ibu mengandung ini banyak sangat dugaan. Harus berdepan dengan banyak perkara. Harus memotivasikan diri setiap masa, menguatkan semangat dan keazaman diri sendiri serta persekitaran. Berat mata memandang, berat lagi. Ibu yang pernah mengandung sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini. Betol kan c's Mya.
Di mana harus diluah isi hati ini. Hanya tuhan yang maha mengetahui.....
Ya Allah aku berlindung kepadaMU dari perasaan sedih & dukacita,
Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan Malas,
Dan berlindung kepadaMU dari sifat penakut dan juga bakhil,
Aku berlindung kepadaMU dari beban hutang & tekanan Manusia
Amin....
1 comment:
ya betul2.. walaupun aku tak mengandung ag.. huhu.. setiap penghidupan pasti ada ujiannya.. bersyukur la atas setiap yang ada...
Post a Comment