Friday, May 22, 2009

MaKnA CiNtA DaRi NaMa....

N : ..pemberi ciuman yang bagus
O : ..mempunyai personaliti yang bagus
R : ..seorang yang lucu
A : ..seorang yang gila-gila
R : ..seorang yang lucu
I : ..manis dan romatis
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
I : ..manis dan romatis
N : ..pemberi ciuman yang bagus juga

&

L : ..pemberi ciuman yang bagus
A : ..seorang yang gila-gila
T : ..senyuman yang menawan
I : ..manis dan romatis
F : ..sukakan pasangan yang agak liar dan gila-gila
A : ..seorang yang gila-gila
H : ..setia kepada yang satu

Monday, May 18, 2009

ReMpIt

Hari nih firt time aku pegi kerja dari Parit Raja ke Mersing naik motor.Pagi-pagi dah merempit menempuh sejuk pagi dan kabus dia punyer sejuk sampai ke tulang.Seronok juga sesekali merempit.Teringat aku masa bujang dulu motor lah kenderaan aku yang terutama.Kenapa dulu aku boleh ulang alik Seremban-Johor tiap2 minggu dengan hanya menaiki motor, ni kan lagi Parit Raja-Mersing lagi dekat hanya mengambil masa lebih kuarang 1 jam 45 minit dan kos minyak hanya RM6.00 sahaja,berbanding dengan memadu kereta memakan masa 2 jam hinga 2 jam 30 minit dengan kos minyak Rm 30.00..Jimat bukan naik motor.Dengan motor jugak lah aku dah sampi merata di malaysia ni..Satu kepuasan dalam diri aku...

Friday, May 15, 2009

JiWa KaCaU

Status hari ini masih bercuti. En. Suami telah pergi ke tempat kerja. Melihat En.Suami bersiap-siap dengan baju melayu mengingatkan saya sesuatu.
Saya rindu tempat kerja lama. Setiap jumaat pagi, akan ada majlis membudayakan al-quran. Bekumpul beramai2. Dan dengar cerita diorang ada wat hari keluarga hari ni dan esok. Agak jelous sebenarnya mendengar......Kerja disana seronok coz walaupun ada banyak kerja, kawan2 adalah happening ok!
Kenapa saya pindah????
Saya dapat tawaran kerja lain yang setaraf dengan kelulusan saya. Kebetulan kerja sebelum ini adalah bertaraf kontrak dan gaji berdasarkan SPM. Berkerja di badan berkanun, hanya perlu jaga bos dan membuat kerja pegawai lain bila diarahkan. Staf2nya juga agak happening. Tapi nasib tak menyebelahi, pihak pengurusan agak teruk. Saya ditawarkan gaji di tangga T9, tetapi setelah 4 bulan bekerja saya diberitahu pihak pengurusan bahawa tersilap memberi gaji dan diarahkan membayar semula apa yang saya dapat. Total bayaran yang saya perlu jelaskan adalah di dlam RM1000++. It's unfair ok. Saya masuk berdasarkan surat tawaran bukan
meminta-minta gaji. Sampai sekarang, pihak pengurusan ada mengeluarkan surat arahan lagik. Saya tak tahu nak rujuk hal ini di jabatan mana? Email telah saya hantar ke JPA untuk rujuk kes saya ni, tapi hampir seminggu tiada lagi feedback? Apa komen u all?
Kebetulan mendapat tawaran di tempat kerja lain sebulan sebelum mendirikan rumah tangga. Jawatan adalah sama ditempat kerja sebelum ini dan gaji diterima adalah T9. Bekerja dengan orang-orang pandai.... Menjaga bos juga dan 3 bos kecil. Tempat kerja, kawan-kawan adalah slow tak happening langsung. Banyak membuat hal sendiri. Dan agak bosan bila bos meminitkan supaya tindakan di ambil oleh pegawai ini, kemudian pegawai ini mencampak kepada saya. Serupa mcm tu saya je yang buat semua. Bosan!!!!
Ada plak pegawai yang suka jadikan saya orang tengah. Sengal! kan senang direct jerk. Huh..tak paham betul. Expectation saya sebelum masuk kerja di sini adalah silap. Jangkaan saya bekerja dengan orang2 bijak adalah mudah al-maklum IQ masing2 tinggi, tapi jangkaan saya meleset
Tahlah saya dah busan dengan situasi yang dialami. Dah la dok jauh dengan En.Suami..... Bukan tidak mencuba untuk mencari kerja dekat dengan en. suami, tapi nasib belum menyebelahi kerana punca pekerjaaan disini agak sukar dan ia hanya sebuah daerah kecil. Rasa hati ingin mencari kerja yang lain. Baru2 ini ada jawatan kosong dibuka, tapi bekerja di tempat orang2 bijak jugak. Hasrat hati mahu memohon jawatan lain daripada sekarang. Ermmmm.... tahlah dah tak berani nak wat jangkaan lagik. Takot tersilap....Masih dalam pertimbangan mahu memohon atau tidak....Dalam dilema!

Thursday, May 14, 2009

DiAri BaKal IbU

Hari ini saya MC
Esok saya telah mengambil cuti tahunan
Saya ke Daerah lain hari ini
Mengikuti suami....
Duduk dirumah
melayan mata
melayan citer wonderpets, sambil ikot menyanyi2 riang
Dan
Yang penting saya perlu guna masa sebaiknya untuk rehat secukupnya..
Tidak sabar menunggu En.Suami pulang
Mahu mengajak beliau bejalan-jalan di tepi pantai
menghirup udara segar

Friday, May 08, 2009

"iBu"

Pagi-pagi ni terima panggilan daripada En. Suami. Sungguh terharu coz suami ucapan 'Selamat Hari Ibu'. Yelah, saya bakal menjadi seorang ibu. Kira first year lah sambut hari ibu. Sebelum-sebelum ni just wish je untuk mak 'Puan Hajah Zainab'. I Love u mum. Happy Mother's Day.

Kepada kak ipar saya, tahniah kerana mendapat baby boy semalam.....(7 Mei 2009)

Sambil bersiap nak p kerja mendengar isu yang dibincangkan di Malaysia Hari Ini TV3. Isu yang dibincangkan adalah kes ragut yang baru-baru ini mengorbankan 2 orang ibu mengandung. Meremang bulu roma saya, sayu sangat mendengarnya. Yelah kesian kat ibu dan anak yang tidak berdosa. Apatah lagi anak-anak yang ditinggalkan.

Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat....Amin.
Dan
Moga mereka yang membuat angkara itu, dihukum dengan setimpalnya..

Saturday, May 02, 2009

3 BuLaN

KeTiKa GeNaP 3 BuLaN......


Monday, April 20, 2009

DiAri iBu MeNgaNdUng

Usia kandungan masuk bulan ke 3 bersamaan dengan 13 minggu. Muntah dan loya semakin menjadi-jadi. Lagilah menanggung, sendirian... yelah En.Suami berada di daerah lain.
Kuat tak kuat, hidup harus diteruskan. Harus ditanggung. Fikiran harus sentiasa positif.

Saya tak pernah merasakan kegembiraan berada di opis ini. Persekitaran sangat terok dan berkerja dengan orang-orang yang mempunyai 'Penyakit Hati' bukan mudah. Ada sahaja perkara yang tidak kena dimata mereka, walhal taraf kita adalah serupa.

Ibu mengandung ini banyak sangat dugaan. Harus berdepan dengan banyak perkara. Harus memotivasikan diri setiap masa, menguatkan semangat dan keazaman diri sendiri serta persekitaran. Berat mata memandang, berat lagi. Ibu yang pernah mengandung sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini. Betol kan c's Mya.

Di mana harus diluah isi hati ini. Hanya tuhan yang maha mengetahui.....

Ya Allah aku berlindung kepadaMU dari perasaan sedih & dukacita,
Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan Malas,
Dan berlindung kepadaMU dari sifat penakut dan juga bakhil,
Aku berlindung kepadaMU dari beban hutang & tekanan Manusia
Amin....

Tuesday, April 14, 2009

'sEkaKi PaYunG'

Sekarang Musim Hujan

Setiap hari saya perlu pergi dan pulang dengan membawa sekaki payung

Dan

Jalan dengan sopan santun, selayaknya seorang perempuan mengandung

tapi...

jika saya terlupa, saya berlengang tanpa sekaki payung

tanpa sekaki payung, saya akan berjalan dengan agak pantas sedikit bila hujan turun

saya rasa...

saya perlu beberapa kaki payung :)

Monday, April 13, 2009

sYuKur

syukur alhamdulilah... usia kandungan saya dah masuk 3 bulan.
alahan tu adalah, tapi rasanya tak lah tahap keterlaluan.
tetiba plak rasa rindu dengan blog sendiri. selalunya en.suami
yang posting utk blog ni....

NGIDAM....
alhamdulilah lah saya tak ngidam yang bukan2. cuma ngidam udang sambal masakan mak.
Yang penting masakan emak okey....Peh sedap, dah dapat pun.
Cayang mak....Rindulah pulak kat mak. Macam dok jauh sangat je dengan mak.

Thank to encik suami, coz melayan kerenah saya dengan sabarnya. LoVe U!!!

Thursday, April 02, 2009

BoRiNg

Hari ni hari paling bosan sepanjang karear aku sebagai pelukis pelan.Dari pagi sampai ler ke petang aku cuma dok ngadap komputer main game.Aku tak tau aper kerja nak aku buat dan aku tak tau aper fungsi aku duduk dalam bilik pelukis pelan yang besar nih..Adakah jawatan pelukis pelan nih memang tak der keje...Mula2 memang seronok asyik ngulor jek tapi lama2 dah naik bosan.Tak der ker keje sambilan yang boleh aku buat.....Seribu Pertanyaan Yang Tiada Jawapan Lagi...

Friday, March 27, 2009

HaRi YaNg BaHaGiA

Semalam adalah hari paling bahagia dan sempurna dalam hidup aku....Aku dapat menjalankan keje sebagai suami dengan sempurna.Aku dapat hantar isteri aku pergi keje, aku dapat makan tengahari bersama ngan isteri aku, aku dapat amik isteri aku pulang dari keje, aku dapat makan malam bersama yang tak tahan aku siap buat keje rumah.Sungguh bertuah saper dapat aku ahakkk..Tapi semalam jek tak tau biler lagi aku dapat menjalan kan tugas yang sempurna lagi.Itu pun sebab aku mc coz kepala bergegar sakit kepala......Aku nak mcam ni tiap2 hari biler agak nya aku dapat macam semalam...

Monday, March 23, 2009

'BlacK MoNdaY'

Setelah seminggu mencutikan diri, hari ini naik kerja semula.

Serasa seperti baru pertama kali melaporkan diri. Kenapa erk?
Sebabnya saya telah diterjah oleh PA Kanan.
Oh... Baru saya tau, jaga bos di sini semua kena bersuap, tersedia.
Layankan jelah, dah la nak jaga bukannya sorang, sampai 4 orang.

Masa saya mula-mula masuk dulu, tak nak pulak sibuk2 nak ngajar
or nak brief. yelah dia senior....
Uh! Busan. SABAR! SABAR!

Nak melayan mabok lagi. Hu hu Ya Allah Tabahkan hati hambamu.....

Wednesday, March 11, 2009

AmIr YuSuF

Mengenali abang fajar adalah sewaktu awal beliau menjadi blogger. Saya kenal beliau semasa mengikuti, abang saya ke 'Kem Lambaian Danau' iaitu semasa perjumpaan Geng Jurnal.

Sebelum ini saya hanya membaca blog beliau. Sayu hati saya bila membaca blog beliau.

Sudah lama tidak membaca blog beliau, saya dapat tahu anak beliau telah pergi mengadap ilahi. Takziah buat keluarga fajar. Al-Fatihah untuk Amir Yusuf, semoga roh anak kecil ini dicucuri rahmat.

www.fajaril.net/blog

Wednesday, March 04, 2009

SaNtApAn TeNgAh HaRi Ku

CaPpUcInO AiS bLaNds

MoChA CaKe

HoT DoGs

TiRaMiSu


PiE bLuEbErRy

Nyum....nyumm...nyummm..

Makan Tak Ingat

Dah Orang Belanja

So aku bedal jek lah

hua hua hua......

Tuesday, March 03, 2009

ReNteTaN

Sejak sudah berbadan dua ini, saya jadik malas untuk menulis blog.
So...tugas menulis blog telah di berikan kepada encik suami, secara
tidak rasminya... he he..Lau saya rindu2 nak menulis, saya akan tetap
menulis gak. tak kira!

Kadang-kadang nak melawat blog teman sebicara pun agak terbatas sekarang. Kenapa erk?

Antara alasan-alasan yang munasabah ialah kerana blog yang rajin saya lawatan adalah blog C's Nida & C's Mya. Mereka adalah suka makan-makan dan meletakkan gambar makanan ok. Oh Oh saya takot anak saya ngences nanti atau saya termengidam. Adakah anda tau apa itu 'Ngences' he he carilah sendiri.
Lau saya mengidam nak rasa masakan mereka? saper nak jawab tu hu hu. Mintak-mintak dijauhkanlah....

Sebenarnya saya tak perasan pun saya mengandung he he. Rezeki awal, alhamdulilah. Selepas 5 minggu barulah saya tahu saya telahpun berbadan dua. Banyak kena belajar ni untuk menjadi ibu yang mithali. Ahak!

To Miss Sha, maaflah tak dapat nak balas tag. Penyakit malas telah menimpa. Bagi tag yang senang2 jelah pasni eh. Lagipun internet kat opis ini agak slow ok. Harap2 paham.

Monday, March 02, 2009

SeNaMaN J RoBiK.....

Aku cuba untuk megelak daripada terlibat dengan aktiviti 'Senaman J Robik' yang di anjurkan oleh Pejabat Daerah Mersing, tetapi kali ni aku tak dpt berbuat apa-apa sebab surat dah sampai ke meja aku.Nampak gaya nyer nak @ tak nak terpaksa aku pergi jugak walaupun dalam keadaan terpaksa..Petang tu biler semua dah berkumpul masing-masing gelakkan aku lebih-lebih lagi budak opis aku sebab aku turun tok bersenam dengan mengenakan seluar slack dan kasut kulit..Bukan aku pinta tok pakai macam tu tapi keadaan terdesak sebab semua pakaian dan kasut sukan aku tertinggal kat batu pahat...Bak kata pegawai aku "kerana patuh dan setia kepada arahan dengan berkasut kulit pun kita boleh bersenam" hehehe......


"Ini lah kasut dah seluar aku pakai semasa senaman J Robik tu"


"Bukan main semangat budak opis aku bersenam"
"Bersungguh-sungguh betol diorang bersenam"

Tuesday, February 24, 2009

'DrAmA Di PaGi HaRi'

Macam biasa lepas 'Punch Card' aku duduk melepak kat kerusi di depan pejabat aku.Pagi tu tak ramai pulak yang melepak biasa nye penuh kerusi dan bersidai di tepi pagar depan pejabat aku sambil melihat pemandangan bandar mersing..Tapi pagi ni aku dengan Md.Din jek yang melepak.Baru aku tahu hari ni bos takde dia ade masyuarat kat johor patut la yang lain datang lambat.
Sedang aku berborak dengan md.din tiba-tiba

"Gedebuk"

"Eh lain macam jek bunyi tu" Kataku...

"Ader budak kene ragut la pin kat tangga" kata md.din....

Bila aku toleh aku lihat sekujur badan terbaring di tangga rupanya budak pejabat aku di serang oleh x husband dia.X husband mangsa menarik-narik mangsa.Aku dah tergamam.Macam tak percaya pun ada...

"tolong tolong tolong" kata mangsa meminta perlindungan....

Aku jadi serba salah..

"Nak aku tolong aku takot nanti dia cakap aku masuk campur rumahtangga dia" kata ku dalam hati....

Tiba-tiba budak pengawas hutan berlari memberi pertolongan dengan mengejar suspek dengan beramai-ramai..

"kejar kejar kejar" kata hero pengawas hutan tu....

Apalagi bertaburan diorang berlari mengejar suspek dan akhir nya suspek berjaya di tangkap dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Tetapi aku dan md.din masih terpaku di kerusi yang aku duduk tu.
Macam tak percaya.....aku tengok md.din dan md.din pula tengok aku...

BeRiTa GeMbIrA

Pada ahad lepas aku bawa isteri tercinta ku pergi beli barang di pekan Parit Raja.Sedang berjalan di pekan isteri aku ajak singgah di Guardian dia cakap



"abg ayg nak singgah guardian la nak beli pregnancy test"



aku menjawab



"ok syg".



Lepas tu kami terus pulang ke rumah.Sampi di rumah isteri aku membuat ujian tersebut.Bila tunggu beberapa saat ujian tu menunjukkan positif.Aku dah mula excited tp cover2 ckit.Aku tidak berpuas hati.Malam nya aku berkata pada isteri aku.



"Sayang jom kita pergi klinik kita buat peeriksaan kat sane untuk mensahihkan lagi keputusan tadi"



kata ku sambil ambil kunci kereta.Sampai di klinik isteri aku terus daftar dan tak lama kemudian nurse panggil



"puan latifah sila masuk".



Bila dah kat dalam aku pulak yang berdebar-debar macam aku pulak yang mengandung.Isteri aku pun terus buat ujian air kencing.Dan akhir nya doktor sahkan dan Berkata



"Tahniah isteri awak positif mengandung dah 5 minggu".



Peh punyer ler aku gembira rasa macam nak melompat-lompat jek dalam bilik tu..



"Terima kasih doktor"



kataku sambil control gembira.Malam tu aku tak dapat tidur kerana terlalu gembira dan asyik berangan aku bakal jadi AYAH.
Macam tidak percaya......

Tuesday, February 17, 2009

TeNsiOn

Bos kena menghadiri mesyuarat. So wat kali pertama bos suruh saya masuk kelas. Opss..macam pensyarah lah pulak. Saya baru 3 bulan di sini, tak pernah masuk mana-mana kelas. Melilau gak cari kelas. Akhirnya jumpa gak, jumpa student n explain apa yang patut then blah.

Balik ke opis kena arrange metting. Menci sungguh, saya adalah tidak suka membuat kerja last min. Ada ke patut metting nak wat esok, sibuk hari ni suh arrage. Geram betol. Rasa nak cakap suh buat sendiri jerk. 2 metting plak tu.... Sampaikan kertas kerja pun nak suh kita gak yang buat. Saket Hati Tol!!!

Monday, February 16, 2009

' KaBus '

Seperti biasa pagi isnin aku akan pergi keje dari batu pahat ke mersing.Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah.Aku hari ni cube nak buat paling cepat sampai ke mersing.Tetapi kelajuan aku terhalang bila sampai di kahang diamana kawasan tersebut pada pagi ini diselubungi kabus yang amat tebal sehinga aku terpaksa memasang lampu tinggi untuk melihat jalan walhal waktu pada masa itu menunjukkan pukul 7.30 pagi..aku terpaksa memandu dengan penuh berhemah hingga ke mersing kerana pemandangan aku terbatas..aku maintain kan pedal dan meter menukjukkan 50 kmj hingga ke mersing...ermmmm tak dapat pecah record lagi hehehehe