Sabtu lepas, mentua datang rumah. Alhamdulillah, walaupun saya tak berapa mahir memasak, mee hoon sup yang saya hidangkan licin. Suka sangat dan harus selepas ini penuhkan lagi ilmu di dada.
Petang tu kami ke Rengit, di mana orang-orang kuala menjual barang second hand. Banyak barang yang ada kat situ seperti kerusi jati, peti ais, kipas angin dan lain-lain. Harga adalah boleh dirunding okey!!! Tinggal bawak duit sahaja. Saje je ke sana untuk mencuci mata dan melihat-lihat keadaan kampung orang. Selepas itu kami singgah di pasar berhampiran..... harga adalah murah okey.
Ahad pula, parents saya tumpang tido dirumah kerana mereka baru balik cuti-cuti malaysia di Terengganu. Selepas parents balik dalam pukul 11.oopagi, saya dan suami menjalankan aktiviti membersihkan rumah. En. Suami mengecat pagar dan tangga rumah manakala saya melakukan aktiviti yang sepatutnya seorang surirumah ha ha.
Petang tu merancang jalan-jalan cari makan je sebenarnya di area Bandar BP, tapi kami telah menjebakkan diri menonton Upin&Ipin. Cerita ni best dan sesuai ditonton untuk semua. Next post saya akan cerita pasan U&I ni. Sekian....
No comments:
Post a Comment