Tuesday, February 24, 2009

'DrAmA Di PaGi HaRi'

Macam biasa lepas 'Punch Card' aku duduk melepak kat kerusi di depan pejabat aku.Pagi tu tak ramai pulak yang melepak biasa nye penuh kerusi dan bersidai di tepi pagar depan pejabat aku sambil melihat pemandangan bandar mersing..Tapi pagi ni aku dengan Md.Din jek yang melepak.Baru aku tahu hari ni bos takde dia ade masyuarat kat johor patut la yang lain datang lambat.
Sedang aku berborak dengan md.din tiba-tiba

"Gedebuk"

"Eh lain macam jek bunyi tu" Kataku...

"Ader budak kene ragut la pin kat tangga" kata md.din....

Bila aku toleh aku lihat sekujur badan terbaring di tangga rupanya budak pejabat aku di serang oleh x husband dia.X husband mangsa menarik-narik mangsa.Aku dah tergamam.Macam tak percaya pun ada...

"tolong tolong tolong" kata mangsa meminta perlindungan....

Aku jadi serba salah..

"Nak aku tolong aku takot nanti dia cakap aku masuk campur rumahtangga dia" kata ku dalam hati....

Tiba-tiba budak pengawas hutan berlari memberi pertolongan dengan mengejar suspek dengan beramai-ramai..

"kejar kejar kejar" kata hero pengawas hutan tu....

Apalagi bertaburan diorang berlari mengejar suspek dan akhir nya suspek berjaya di tangkap dan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Tetapi aku dan md.din masih terpaku di kerusi yang aku duduk tu.
Macam tak percaya.....aku tengok md.din dan md.din pula tengok aku...

BeRiTa GeMbIrA

Pada ahad lepas aku bawa isteri tercinta ku pergi beli barang di pekan Parit Raja.Sedang berjalan di pekan isteri aku ajak singgah di Guardian dia cakap



"abg ayg nak singgah guardian la nak beli pregnancy test"



aku menjawab



"ok syg".



Lepas tu kami terus pulang ke rumah.Sampi di rumah isteri aku membuat ujian tersebut.Bila tunggu beberapa saat ujian tu menunjukkan positif.Aku dah mula excited tp cover2 ckit.Aku tidak berpuas hati.Malam nya aku berkata pada isteri aku.



"Sayang jom kita pergi klinik kita buat peeriksaan kat sane untuk mensahihkan lagi keputusan tadi"



kata ku sambil ambil kunci kereta.Sampai di klinik isteri aku terus daftar dan tak lama kemudian nurse panggil



"puan latifah sila masuk".



Bila dah kat dalam aku pulak yang berdebar-debar macam aku pulak yang mengandung.Isteri aku pun terus buat ujian air kencing.Dan akhir nya doktor sahkan dan Berkata



"Tahniah isteri awak positif mengandung dah 5 minggu".



Peh punyer ler aku gembira rasa macam nak melompat-lompat jek dalam bilik tu..



"Terima kasih doktor"



kataku sambil control gembira.Malam tu aku tak dapat tidur kerana terlalu gembira dan asyik berangan aku bakal jadi AYAH.
Macam tidak percaya......

Tuesday, February 17, 2009

TeNsiOn

Bos kena menghadiri mesyuarat. So wat kali pertama bos suruh saya masuk kelas. Opss..macam pensyarah lah pulak. Saya baru 3 bulan di sini, tak pernah masuk mana-mana kelas. Melilau gak cari kelas. Akhirnya jumpa gak, jumpa student n explain apa yang patut then blah.

Balik ke opis kena arrange metting. Menci sungguh, saya adalah tidak suka membuat kerja last min. Ada ke patut metting nak wat esok, sibuk hari ni suh arrage. Geram betol. Rasa nak cakap suh buat sendiri jerk. 2 metting plak tu.... Sampaikan kertas kerja pun nak suh kita gak yang buat. Saket Hati Tol!!!

Monday, February 16, 2009

' KaBus '

Seperti biasa pagi isnin aku akan pergi keje dari batu pahat ke mersing.Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah.Aku hari ni cube nak buat paling cepat sampai ke mersing.Tetapi kelajuan aku terhalang bila sampai di kahang diamana kawasan tersebut pada pagi ini diselubungi kabus yang amat tebal sehinga aku terpaksa memasang lampu tinggi untuk melihat jalan walhal waktu pada masa itu menunjukkan pukul 7.30 pagi..aku terpaksa memandu dengan penuh berhemah hingga ke mersing kerana pemandangan aku terbatas..aku maintain kan pedal dan meter menukjukkan 50 kmj hingga ke mersing...ermmmm tak dapat pecah record lagi hehehehe

aKtiViTi HuJuNg MiNgGu

Sabtu lepas, mentua datang rumah. Alhamdulillah, walaupun saya tak berapa mahir memasak, mee hoon sup yang saya hidangkan licin. Suka sangat dan harus selepas ini penuhkan lagi ilmu di dada.

Petang tu kami ke Rengit, di mana orang-orang kuala menjual barang second hand. Banyak barang yang ada kat situ seperti kerusi jati, peti ais, kipas angin dan lain-lain. Harga adalah boleh dirunding okey!!! Tinggal bawak duit sahaja. Saje je ke sana untuk mencuci mata dan melihat-lihat keadaan kampung orang. Selepas itu kami singgah di pasar berhampiran..... harga adalah murah okey.

Ahad pula, parents saya tumpang tido dirumah kerana mereka baru balik cuti-cuti malaysia di Terengganu. Selepas parents balik dalam pukul 11.oopagi, saya dan suami menjalankan aktiviti membersihkan rumah. En. Suami mengecat pagar dan tangga rumah manakala saya melakukan aktiviti yang sepatutnya seorang surirumah ha ha.

Petang tu merancang jalan-jalan cari makan je sebenarnya di area Bandar BP, tapi kami telah menjebakkan diri menonton Upin&Ipin. Cerita ni best dan sesuai ditonton untuk semua. Next post saya akan cerita pasan U&I ni. Sekian....

Friday, February 13, 2009

HuJunG MinGgu N HaRi KaSih SaYaNg

'Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan'
Perancangan hujung minggu ini adalah stay dirumah dan menjalankan aktiviti surirumah.
Ha ha macam kelakar plak perkataan 'Surirumah' dengan diri saya. Oh haruslah selepas
ini membiasakan diri dengan perkataan itu.

Sabtu insyallah mentua akan bertandang ke rumah. Wah saya sudah pening kepala mahu
menyediakan juadah apa. Dalam kepala sekarang ini nak wat juadah simple2 je, mungkin
Mee Hoon Sup Ayam ? ? ?

Sudah beberapa kali mentua bercadang bertandang ke rumah kerana belum penah mereka datang ke rumah saya dan dah lama tidak menjejakkan kaki di Bee Pee. Perancangan minggu lepas untuk datang terpaksa dibatalkan kerana saya ke Kuala Lumpur melawat adik yang kemalangan jalan raya.

Dan esok adalah hari Sabtu 14 Februari iaitu Hari Valentine. Saya tak menyambutnya. Itu bukan budaya saya. Bagi saya, setiap hari adalah hari kasih sayang!!!

Thursday, February 12, 2009

MeNuMpAnG aTau ? ? ?

Setiap hari ada 'kawan' yang akan menumpang kereta saya untuk ke pejabat.

Setiap hari juga dalam pukul 4.30 petang beliau akan msg saya 'Balik cepat atau lambat'?
Masa balik aku adalah tidak menentu kerana bergantung kepada kerja yang ada.
Setiap hari juga saya akan menghantar laporan 'macam biasa 5.30ptg' atau 'balik lambat'.
Kadang-kadang aku rasa menghabiskan kredit je kan.

Kalau saya balik untuk meninggah kedai atau pasar malam.
mesti ayat2 petanyaan seperti ini akan keluar
Nak beli apa?
kat umah tak ada barang k?

Penah pada hujung minggu dia sms saya, 'ko kat mana'?
saya jawab 'nape'
msg dijawab dengan 'tak kan tanya tak boleh kot'
saya jagi bengang!!!
kalau korang kena mcm tu apa perasaan???
Setiap sesuatu yang berlaku adalah bersebab kan.

Selepas insiden ini berlaku, saya tidak menyinggah lagi ke mana2.
saya bosan dan tidak suka orang mempertikaikan tindakan aku.

Masalah sekarang saya atau dia yang menumpang???

Wednesday, February 11, 2009

BanGGa

Bos tiada, menghadiri mesyuarat.
Aku mencuri masa untuk membuat pelekat kenderaan untuk Mr.Teddy.
Curi masa adalah tidak berdosa ha ha....
Kat Car Park aku ternampak plat kereta yang seperti ku kenal.
Rupanya Tn. Haji Soeb pegawai merangkap orang kampung aku rupanya.
Katanya, kerana aku orang kampungnya dia pun mununjukkan bukti2 kenapa dia disini.

Wah bangga aku dengan beliau, walaupun dah beumur n punya jawatan pegawai kanan
yang bagus dia still gagah untuk menyambung pengajian. Tahniahlah....

Bila plak aku nak menyusul yerk????

Friday, February 06, 2009

HoLiDayS

Bestnya hari Ahad cuti umum Thaipusam so hari Isnin pun cuti. Yahuu...


Mula-mula agenda nak rehat dan bersenang-lenang di rumah. Tapi kena hadirkan diri untuk majlis pertunangan Eijam di Kota Tinggi. Eijam ni jadi pengapit belah lelaki masa saya kawen, so tak sedap lah lau tak p majlis dia. Bak kata pepatah "Orang Berbudi,Kita Berbahasa"

Then Ahad kami akan round2 JB coz ada urusan yang mesti diselesaikan untuk Majlis Perkahwinan Ke-2 kami pada bulan Mac ni.

Isnin - Senang-lenang dirumah....

Thursday, February 05, 2009

LaLai

Saya Gelisah, kemudian Nekad

Tak sampai beberapa minit menulis post ni, saya nekad ke park kereta utk mencari kad matrik saya.
Dan
Keajaiban telah berlaku ha ha
Kad matrik saya telah dijumpai dalam kereta saya sendiri
Di celah tempat duduk (ketawakan diri sendiri)
Betapa saya sangat LALAI, he he...

DAN
Saya akan mengisi borang pengesahan kehadiran untuk kedatangan hari ini
dengan alasan 'Tertinggal Kad Matrik' (Bohong Sunat) ha ha.....
Yelah kan.... Tak kan lah saya akan tulis di ruang alasan itu
'Kad saya tercicir, kemudian jumpa dicelah kerusi'
Oh Tidak

KeTeNanGaN DaLaM KeGeLiSahAn

Saya sangat tenang minggu ini kerana bos saya outstation ke Sabah dan hanya akan pulang pada minggu depan.
Dan minggu ini saya hanya perlu membantu bos kedua sahaja iaitu 3 orang KJ. Banyak juga bos saya ya.....
Mungkin saya akan bermalasan sedikit dan dapat pulang tepat pada waktunya.

Tapi.... Ketenangan saya diragut hari ini, kerana pas saya berbentuk matrik kad hilang hu hu...
Dengan matrik kad itu, saya tak dapat masuk pejabat kerana memerlukan saya slide pada mesin pengimbas. Ia adalah seperti nyawa bila saya berada di opis....
DAN
Hari ini saya tak dapat slide kedatangan saya, kerana ia hilang. Hu hu pagi2 sudah spoil mood saya.
Benci! Benci!
Saya mengharapkan keajaiban hari ini, ada orang yang sudi memulangkannya atau ada orang yang sudi phone saya memaklumkan kad matrik saya ada pada mereka. Hopefully.....