Saya pulang lewat ke rumah sebelum menjelang lebaran. Walaupun di halau oleh rakan sebilik kerana bagi mereka hari raya sangat2 dinanti2, tapi tidak bagi saya. Masa yang saya ada saya isi dengan mentelaah pelajaran. Bagi saya tiada kemeriahan di Hari Raya, mungkin kerana peristiwa lama yang masih segar dalam ingatan walaupun ia sudah hampir 6 tahun berlalu.
Hari Raya tahun ni bertambah hambar bila nenek kesayangan saya jatuh sakit. Hari raya ke dua nenek dimasukan ke wad. Tekanan darah nenek rendah dan paru-paru sudah tidak berapa aktif. Nenek sudah berumur 77 tahun. Saya sempat menjaga nenek dihospital sebelum pulang ke kampus. Walaupun emak menegah saya menjaga nenek kerana peperiksaan yang bakal saya jalani, saya tetap berkeras dengan memberi 1001 alasan. Lagipun saya tidak ingin ada kekesalan dihati ini suatu hari nanti.
Sehingga ke hari ini nenek masih berada dihospital. Saya terlalu sayang dan rapat dengan nenek, kerana dia lah satu-satunya nenek yang saya ada sekarang. Kerana terlalu ingatkan nenek jugak saya mendapat gelaran "TIPAH TOTOL" di sebuah kem. Kata seorang teman masa kejadian tu saya nampak blur sangat. Mana tidaknya masa tu nenek berada di hospital dan saya terpaksa menyerahkan tugas menjaga nenek kepada orang lain. Bila teringat semula kenangan itu saya tersenyum sendiri. Walaua apa pun harapan saya nenek lekas sembuh dan cepat keluar wad.
Saya masih berada di kampus. So far masih tinggal 4 paper lagi.Harap2 di semester akhir ni saya lulus dengan cemerlang. So tak perlulah saya bertapa di sini lagi. Tapi saya tau saya pasti akan merindui tempat ini yang penuh dengan kehijauan. Buat teman2 yang sedang menghadapi peperiksaan SEMOGA BERJAYA!
1 comment:
ala jgan sedih.. bydaway.. exam dah habis.. so leh balik jumpa nenek.. sampaikan salam kat nenek..
el jaga diri.. im gonna miss u a lot.. pepe hal im here for u my the best pren in d wurld.. muah
Post a Comment