Monday, November 14, 2005

Lebaran VS Peperiksaan

Saya pulang lewat ke rumah sebelum menjelang lebaran. Walaupun di halau oleh rakan sebilik kerana bagi mereka hari raya sangat2 dinanti2, tapi tidak bagi saya. Masa yang saya ada saya isi dengan mentelaah pelajaran. Bagi saya tiada kemeriahan di Hari Raya, mungkin kerana peristiwa lama yang masih segar dalam ingatan walaupun ia sudah hampir 6 tahun berlalu.
Hari Raya tahun ni bertambah hambar bila nenek kesayangan saya jatuh sakit. Hari raya ke dua nenek dimasukan ke wad. Tekanan darah nenek rendah dan paru-paru sudah tidak berapa aktif. Nenek sudah berumur 77 tahun. Saya sempat menjaga nenek dihospital sebelum pulang ke kampus. Walaupun emak menegah saya menjaga nenek kerana peperiksaan yang bakal saya jalani, saya tetap berkeras dengan memberi 1001 alasan. Lagipun saya tidak ingin ada kekesalan dihati ini suatu hari nanti.
Sehingga ke hari ini nenek masih berada dihospital. Saya terlalu sayang dan rapat dengan nenek, kerana dia lah satu-satunya nenek yang saya ada sekarang. Kerana terlalu ingatkan nenek jugak saya mendapat gelaran "TIPAH TOTOL" di sebuah kem. Kata seorang teman masa kejadian tu saya nampak blur sangat. Mana tidaknya masa tu nenek berada di hospital dan saya terpaksa menyerahkan tugas menjaga nenek kepada orang lain. Bila teringat semula kenangan itu saya tersenyum sendiri. Walaua apa pun harapan saya nenek lekas sembuh dan cepat keluar wad.
Saya masih berada di kampus. So far masih tinggal 4 paper lagi.Harap2 di semester akhir ni saya lulus dengan cemerlang. So tak perlulah saya bertapa di sini lagi. Tapi saya tau saya pasti akan merindui tempat ini yang penuh dengan kehijauan. Buat teman2 yang sedang menghadapi peperiksaan SEMOGA BERJAYA!

Tuesday, October 04, 2005

aRe U iN LoVe?

When you are together with that special someone,
you pretend to ignore that person.
But when that special someone is not around,
you might look around to find them.
At that moment, you are in love.
Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone.
At that moment, you are in love.
Although that special someone was supposed to have called you long back
to let you know of their safe arrival, your phone is quiet.
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love.
When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone,
you are in love.
You keep telling yourself,
"that special someone is just a friend",
but you realize that you can not avoid that person's special attraction.
At that moment, you are in love.
While you are reading this page, if someone appears in your mind,
then u are in love with that person.....

Sunday, October 02, 2005

"HiDup DaLaM BaYanGan atAu pERmUlaAN LeMbaRan BAru"

katamu ingin memulakan lembaran baru
KENAPA KENANGAN ITU HARUS DISIMPAN LAGI

katamu ingin memulakan lembaran baru
KENAPA MEMORI ITU HARUS DIKENANG LAGI

katamu ingin memulakan lembaran baru
KENAPA KENANGAN ITU TIDAK DILONTARKAN JAUH

katamu ingin memulakan hidup baru
KENAPA TIDAK DIJADIKAN KENANGAN ITU SBG PENGAJARAN

katamu ingin memulakan lembaran baru
KENAPA PERLU HIDUP DALAM BAYANGAN LAGI


p/s:
Teman tersayang tahukah dikau
ada hati yang terluka dengan sikapmu...

Perlukah aku menegur sikap mu...
sedangkan kau lebih arif tentang segalanya.....
kau boleh berfikir mana baik dan buruknya.....
kau lebih matang untuk memikirkan segalanya.....

Tahu kah kau ada hati yang harus di jaga.......
Sedarkah dikau hal ini untuk masa depan mu jua....
dan masa depan mu dengan SI DIA.....................

jika kau benar-benar ingin berubah
dan ikhlas ke arah itu.....
hanya doa yang mampu ku titipkan
untuk mengiringi setiap langkahmu........

Tuesday, September 27, 2005

JaWa vs CHiNeSe

Buahati Saya: Awak orang jawa kan?

Saya: A'ah Kenapa?

Buahati Saya: (Dia senyum sumbing)...

Saya: Muka saya ada trademark sendiri, awak ada ke?

Buahati Saya: Senyap....

DI SEBUAH RESTORAN SEGERA

Madam cina: Awak ada atok atau nenek cina ke?

Saya: Tak ada. Kenapa?

Madam Cina: Muka awak macam cina

Saya: Saya senyum, sambil mengerling pada buahati saya.

Buahati Saya: Bangga lah tu.

Madam Cina: Lu punya amoi lawa. Simpan elok-elok...

Buahati Saya: Senyum... (kembang ati kot)

Saya: Puas hati saya dapat membalas sakatan buahati saya he2.
Sambil tersenyum puas!!!!

Thursday, September 01, 2005

HaPpy NaTiOnaL DAys

WiTh BirTHday GiRlzz
dr kiri: hanan,miza,gee,miss shatrah, miss su,noreen,me and izzati


mE With MiSs SuRiA (LaW lEctuRer)


mEnaNti DeTik2 KeMerDekaaN....
dari kiri el,hanan,gee,miza and miss shatrah(law lecturer)


Sunday, August 28, 2005

"RiNdU"

Rindunya Rasa
Saat Menatap Potret itu

Rindunya Rasa
Saat Teringat Keletah Mereka

Rindunya Rasa
Saat Teringat Memori Bersama

Bertambah Rindu Rasanya
Saat Dapat Berbicara Tanpa Melihat Wajah Mereka


Walau membuak rindunya rasa
Walau mereka jauh dimata
Walau meronta-ronta ingin berjumpa
Walau bagaimana pun rasa yang melanda


"MEREKA TETAP DEKAT DI HATI SAYA"

p/s: rindunya saya pada KeLuaRga, pada anak-anak buah saya,
PaRa MoOn sekalian..... dan tak lupa pada bUaHaTi saya.... LoVe U aLL!

Wednesday, August 24, 2005

Kau GuRiS SeKePiNG HaTi

TeMaN..

Kelakuanmu mencuri rasa..
Kerana kau lupa dimana dirimu!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Kerana kau lupa siapa disekelilingmu!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Kerana kau melupakan apa yang kau miliki!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Kerana kau lupa kesilapanmu!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Kerana kau terlalu mementingkan dirimu!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Tanpa kau sedar banyak hati yang tertanya-tanya!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Tanpa kau sedar banyak hati yang berkata-kata!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Tanpa kau sedar banyak hati yang terluka!!

Kelakuanmu mencuri rasa..
Tanpa kau sedar banyak hati yang derita!!

Mungkin kau lupa ada insan yang tertekan dengan sikapmu..
Mungkin kau lupa ada insan yang salah mentafsirkan dirimu..
Ianya mungkin kerana "Dunia kita berbeza"..

Cuma satu pintaku...
Agar kau kembali seperti "SeDiaKaLa"

Sunday, July 31, 2005

"ERTI HIDUP"

Angin kau membawa
Bahtera ku
Ke mana mahu mu

Tika madah ku sering bertanya
Mana tempat ku didunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan kehidupan ku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Ingin ku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-liku yang ku harungi

Tidak kan lagi kau disitu
Menyaksi kehidupan berlalu
Kan ku kerah dalah keringat ku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup cara ku sendiri

Angin kan ku bawa
Bahteraku ke mana mahu mu
Kini... ku berani
Mengemudi ke mana ku pergi
(erti dihidup: dayang)



di atas hamparan "BALDUPUTEH" ini
akan ku corak segala ERTI
kisaran HIDUP yang ku lalui....



Saturday, July 30, 2005

test

testing for the first