Friday, May 15, 2009

JiWa KaCaU

Status hari ini masih bercuti. En. Suami telah pergi ke tempat kerja. Melihat En.Suami bersiap-siap dengan baju melayu mengingatkan saya sesuatu.
Saya rindu tempat kerja lama. Setiap jumaat pagi, akan ada majlis membudayakan al-quran. Bekumpul beramai2. Dan dengar cerita diorang ada wat hari keluarga hari ni dan esok. Agak jelous sebenarnya mendengar......Kerja disana seronok coz walaupun ada banyak kerja, kawan2 adalah happening ok!
Kenapa saya pindah????
Saya dapat tawaran kerja lain yang setaraf dengan kelulusan saya. Kebetulan kerja sebelum ini adalah bertaraf kontrak dan gaji berdasarkan SPM. Berkerja di badan berkanun, hanya perlu jaga bos dan membuat kerja pegawai lain bila diarahkan. Staf2nya juga agak happening. Tapi nasib tak menyebelahi, pihak pengurusan agak teruk. Saya ditawarkan gaji di tangga T9, tetapi setelah 4 bulan bekerja saya diberitahu pihak pengurusan bahawa tersilap memberi gaji dan diarahkan membayar semula apa yang saya dapat. Total bayaran yang saya perlu jelaskan adalah di dlam RM1000++. It's unfair ok. Saya masuk berdasarkan surat tawaran bukan
meminta-minta gaji. Sampai sekarang, pihak pengurusan ada mengeluarkan surat arahan lagik. Saya tak tahu nak rujuk hal ini di jabatan mana? Email telah saya hantar ke JPA untuk rujuk kes saya ni, tapi hampir seminggu tiada lagi feedback? Apa komen u all?
Kebetulan mendapat tawaran di tempat kerja lain sebulan sebelum mendirikan rumah tangga. Jawatan adalah sama ditempat kerja sebelum ini dan gaji diterima adalah T9. Bekerja dengan orang-orang pandai.... Menjaga bos juga dan 3 bos kecil. Tempat kerja, kawan-kawan adalah slow tak happening langsung. Banyak membuat hal sendiri. Dan agak bosan bila bos meminitkan supaya tindakan di ambil oleh pegawai ini, kemudian pegawai ini mencampak kepada saya. Serupa mcm tu saya je yang buat semua. Bosan!!!!
Ada plak pegawai yang suka jadikan saya orang tengah. Sengal! kan senang direct jerk. Huh..tak paham betul. Expectation saya sebelum masuk kerja di sini adalah silap. Jangkaan saya bekerja dengan orang2 bijak adalah mudah al-maklum IQ masing2 tinggi, tapi jangkaan saya meleset
Tahlah saya dah busan dengan situasi yang dialami. Dah la dok jauh dengan En.Suami..... Bukan tidak mencuba untuk mencari kerja dekat dengan en. suami, tapi nasib belum menyebelahi kerana punca pekerjaaan disini agak sukar dan ia hanya sebuah daerah kecil. Rasa hati ingin mencari kerja yang lain. Baru2 ini ada jawatan kosong dibuka, tapi bekerja di tempat orang2 bijak jugak. Hasrat hati mahu memohon jawatan lain daripada sekarang. Ermmmm.... tahlah dah tak berani nak wat jangkaan lagik. Takot tersilap....Masih dalam pertimbangan mahu memohon atau tidak....Dalam dilema!

No comments: