Friday, April 25, 2008

jiwa kacau

jiwa aku betol2 kacau sejak menerima panggilan daripada si dia yang pernah bergelar 'insan istimewa' dalam hidupku.... si dia dah lama mendiamkan diri dan sudahpun berumah tangga. aku tau dia sudah berkahwin pun daripada sumber2 yang boleh dipercayai.

walaupun aku yang memutuskan hubungan ini. aku harus nekad melakukanya. kesannya begitu terasa. tipulah kalau aku katakan aku tak frust. untuk bangkit daripada kekecewaan bukan perkara yang mudah..

kini aku dah berjaya melupakan segalanya, walaupun kekadang ingat jugak he he....tapi panggilan dari si dia membuatkan jiwa ku kacau dan mengingatkan memori yang ingin aku lupakan.

aku tak ingin menulis lebih lanjut. tidak mahu mengingati perkara lama yang menyakitkan...aku tau dia akan melawat blog aku ini. aku harap si dia tidak membuat panggilan kepada ku lagi. berilah aku peluang hidup dengan aman. aku pun mendoakan agar si dia bahgia bersama insan tercinta......

No comments: