Friday, July 04, 2008

DuGaaN

aku hanya ada masa 2 hari je kat PBT ni
sebaknya rasa hati.......
tadi p klinik kesihatan Klinik K.B
tetapi nurse sana suh p Klinik B.L
then
sampai kat sane Urine test terpaksa wat kat klinik swasta
kerana kesuntukan masa
untuk X-Ray plak kena wat kat klinik K.B
sedihnya ditolak-tolak
inilah agaknya dugaan orang berpuasa
ALHAMDULILAH...

Wednesday, June 25, 2008

sYuKur.....

alhamdulilah.....
semuanya dah selesai. aku dah notis kerja selama 2 minggu. sedih nak tinggalkan kawan2 kat tempat kerja sekarang ni..... dan tak merasalah dok kat bangunan baru.

tak pelah
mungkin rezeki aku ditempat baru
kalau boring2 leh p laut he he

Tuesday, June 24, 2008

kEpUtUsAn

beratnya rasa hati nak buat keputusan ini,
hati betol-betol rasa bergolak,
walaupun berat dan banyak sangat rintangan
keputusan telah pun di ambil
aku terpaksa nekad dan berani
aku dah ambik keputusan
untuk
berhenti kerja
dan
menerima tawaran di tempat baru.......

Tuesday, June 10, 2008

B e R d E B a R ! !

berdebar rasa hati
bila menunggu hari esok.....
hopefully segalanya
berjalan dengan lancar......

Saturday, June 07, 2008

CoNfUSE

penatnya rasa badan. semalam baru balik dari melaka coz menghadiri bengkel di d'village air keroh. planning hari ni nak kuar mencari barang keperluan untuk OBS di
Gunung Ledang dari 8 -12 jun 2008.
tetapi......
semua plan tak menjadi bila pagi ni aku dapat surat panggilan interview pad 11 jun 2008. hati rasa berdebar2 dan konfius bila harus memilih.
so pilihan aku adalah p interview coz kursus tu leh p lagi akan datang. tapi aku mengharapkan agar bos aku memahami hu hu.....
ni aku tengah menanti bos aku. harap2 aku dilepaskan dari p kursus ke Gunung Ledang....
dub...dap...dub...dap.....

Tuesday, May 27, 2008

pEsaNan Utk Mr.FeN

siapa Mr.Fen? opssss itu rahsia. saya tahu dia akan baca blog saya....mungkinnnnnnnnn....saya agak2 jerlah....sy terpaksa post pesanan ini di blog sy kerana kerana cara untuk hubungi awk hanya melalui panggilan telefon ke opis awk. tapi sy tidak mahu berbuat demikian oleh sebab2 tertentu....
untuk pengetahuan awk one of ur opismate dapat mengesan phone number sy dalam bil opis awk. 2 kali panggilan dari opis melaka tu. puas dah sy mengelak untuk cover awk, walaupun saya tahu sy tak dapat apa2 pun. saya mahu ianya terhenti setakat ini sahaja....
mulai sekarang
usahlah awk ambik tahu hal saya lg, walaupun hanya sekadar KAWAN. awk pun sudah berumahtangga...dan kita sudah pun lama membawa haluan masing2. sy malas untuk menaip lagi. so saya harap awk paham.....

Monday, May 26, 2008

JeMpuTan KaWen & cuTi SekoLah

berderet2 kad jemputan kawen sempena cuti sekolah ni. jenuh la perot makan nasi minyak jerk... jangan sampai sakit sudah lah......
2 orang workmate saya pun akan melangsungkan perkahwinan. so congratulation to Mr.Ambok n Mr.Faizal. so terpaksalah saya bertolak ansur mengenai hal kerja n cuti. hopefully bila tiba time sy plak, sy harap diorang akan tolak ansur gak!!!!
anyway
CONGRATULATION!!!!!

Saturday, May 10, 2008

KaKaK @ Ank SeDarA


planning hari ni nak melawat anak sedaraku di Asrama. Plan p sane nak beli kek sempena menyambut birthday dia pada 7 Mei hari tu. Kira Belated Birthday lah ni. pejam celik, pejam celik dah besar dah anak sedara aku yang sulung ni. Nama anak saudaraku ni, Nurafiqah, tapi aku selalu panggil dia kakak coz dia anak sulung abang ku... terasa aku lebih muda dari dia lah pulak hik hik.... kalau aku jalan berdua dengan dia, mesti orang akan ingat aku dan dia kawan baik coz dirinya tak mengambarkan umurnya he he

tapi keja aku tengan melambak ni. Mr.Ted pun bz dengan kerja... Mr.Ted janji nak sponsor kek. so kena lah tunggu Mr.Ted gak untuk p sesama. Maybe terpaksa p esok........


Wednesday, May 07, 2008

Hi-Tea


aku, kak zatul, kak saemah N juna



'pose'

Friday, May 02, 2008

J o D O H....

aku benci sangat bila orang bertanyakan soal jodoh aku. pekara yang paling aku tak suka. bagi ku umur ku masih muda baru 24 tahun, tapi untuk tahun ni pun tak masuk lagi 24 tahun lagi. bengang tol. lagilah aku menyampah bila orang tanya pasal aku ada pasangan atau tidak. aku rasa sekarang aku dah dok dalam zaman milineum..... ada gak orang nak rekemenkan atau nak kenen-kenenkan aku dengan si polan....

lagilah 2 staff unit aku akan menamatkan zaman bujang mereka pada waktu terdekat ni. hish.... kenapalah aku dilibatkan sama. kata dari seorang 'EN" jabatan aku ni, tak sabar nak rewang kat majlis aku. kenapalah aku terbabit dengan ini citer. sabor je lah

terus terang aku katakan aku belum bersedia untuk ke alam rumahtangga..... someone special tu memang dah ada. tapi...... mungkin belum tiba masanya....TUNGGU>>>>>>>>>>>>>

petang ni kul 2.30 ada majlis sepetang di hotel the zon bersama puspanita.... antara aturcara majlis adalah persembahan artis, pocho2 & jonget lambak he he...... yang penting aku tak sabar nak makan ha ha....

Wednesday, April 30, 2008

tUnGGu....

aku tengah kemas2 nak balik. tetiba msg hp aku berbunyi...msg daripada bos

'jangan balik dulu! kalau balik jugak esok kena datang kerja'

esok hari cuti, tapi kalau kerja esok dikira ot n leh dapat double. msg ini seolah2 ugutan buat aku. diorg ni pun satu sibuk nak datang melawat n mintak benda bukan2 last min. GERAM TOL
workmate yang lain semua dah balik so terpaksalah aku menunggu..... penantian itu satu penyeksaan buat aku. selamatlah aku tak ada wat appointment dengan sesiapa hari ini hu hu.....

so sementara menanti arahan bos seterusnya. aku updatelah apa yang patut ni.... buat semua, selamat menyambut hari pekerja!!!!

N

buat sahabatku.. AZASALINA
beliau akan menyambut harijadi esok. selamat hari jadi. semoga panjang umur dan murah rezeki. jaga baby dalam perot tu bebaik tau

DugaaN....

serabut rasa kepala ni. lepas satu masalah, masalah lain plak yang timbul. pening kepala ni.... masalah datang bertimpa-timpa... mungkin inilah dugaan daripadaNYA. aku harap aku akan dapat menghadapi segalanya dengan tenang dan dalam keadaan yang waras.
** PERCUTIAN**
perancangan esok aku akan ke penyabung, mersing. tapi oleh kerana ada sebab2 yang tak dapat dielakkan percutian ini terpaksa dibatalkan....

Tuesday, April 29, 2008

CaRa MenGHilanGkan StreSS

Mr.Ted macam tau2 je aku tengah tension n jiwa kacau. kata orang makan coklat adalah salah satu cara untuk menghilangkan rasa stress. Rasa sayang nak makan pun ada coz bentuknya yang menarik. Thank U very much Mr.Ted....

Friday, April 25, 2008

jiwa kacau

jiwa aku betol2 kacau sejak menerima panggilan daripada si dia yang pernah bergelar 'insan istimewa' dalam hidupku.... si dia dah lama mendiamkan diri dan sudahpun berumah tangga. aku tau dia sudah berkahwin pun daripada sumber2 yang boleh dipercayai.

walaupun aku yang memutuskan hubungan ini. aku harus nekad melakukanya. kesannya begitu terasa. tipulah kalau aku katakan aku tak frust. untuk bangkit daripada kekecewaan bukan perkara yang mudah..

kini aku dah berjaya melupakan segalanya, walaupun kekadang ingat jugak he he....tapi panggilan dari si dia membuatkan jiwa ku kacau dan mengingatkan memori yang ingin aku lupakan.

aku tak ingin menulis lebih lanjut. tidak mahu mengingati perkara lama yang menyakitkan...aku tau dia akan melawat blog aku ini. aku harap si dia tidak membuat panggilan kepada ku lagi. berilah aku peluang hidup dengan aman. aku pun mendoakan agar si dia bahgia bersama insan tercinta......

Wednesday, April 23, 2008

aku & dia


antara aku dan dia
pernah berteman

tapi ...
jodoh bukan milik kami berdua
jalan kita berbeza

kini
dia telah pun berumahtangga
membina mahligai bahagia
dengan insan yang telah ditentukan jodoh olehNYA

jauh disudut hatiku ini
tiada dendam
tidak ingin bersengketa

kenangan lalu
biarlah kita kongsi bersama
menjadi memori antara kita
dan
pengalaman
untuk meneruskan hidup mendatang

dari kejauhan
ku dokan kau bahagia......

dan
janganlah hadir lagi dalam hidupku
menghalang perjalanan ku

kerana

haluan kita berbeza



Wednesday, April 09, 2008

c U L i K

sewaktu berjalan2 dengan Mr.Ted di Street Mall Danga Bay, kami selisih jalan dengan sebuah kuarga. si ayah yang mendukung anak kecil serta si mama dan anak yang sudah pandai berjalan


mak : aiman!! kenapa jalan tak pegang tangan mak



aku menyuarakan pendapat aku tentang situasi tadi kepada Mr.Ted. sepatutnya si emak yang harus memegang erat tangan si anak, bukan mengharapkan si anak yang masih kecil memegang tangan si emak. apa lah yang si anak tahu sedangkan usianya baru setahun jagung. anak dah hilang baru lah nak mengelabah....

aku tak menujukan kepada sesiapa sekadar ingatan untuk diriku dan langkah berjaga-jaga untuk kalian.............

Friday, April 04, 2008

kOnTrAk BaRu

aku dah mula kerja dengan 'KONTRAK YANG BARU'

so far aku leh jalankan rutin ku mcm biasa dan semangat yang baru

dan...

ditambah kerana telah 'di SEKOLAH KAN' dengan engineer (MR.JR)

demi kebaikan

aku accept katanya dalam erti lain bual-bual kosong yang penuh makna ha ha

Tuesday, March 25, 2008

KoNtRak

la..la...laa..... la ..la...laaa kerja.... kerja.... (meet uncle husin)

lagu ni berdendang2 dalam hati aku......

tapi......

hari ni memaksakan diri datang opis untuk tandatangan 'KONTRAK' keja

mcm penyanyi lah plak tandatangan kontrak ha ha....

Saturday, March 22, 2008

HoLiDay!!!

aku dah bosan dengan kerja aku sekarang. selama ni aku terikat dengan minit mesyuarat coz sebulan 2 kali aku kena sediakan minit mesyuarat. tapi kebosanan yang melanda sekarang ni tak dapat ku bendung lagik....tulunggggggggggg.....

so keputusan yang dibuat!!!!

dengan rasminya aku telah mencutikan diriku daripada kerja selama 6 hari (21, 25-28 Mac 2008). cuti ini juga sempena menghabiskan kontrak aku pada bulan MaC ini. walaupun cuti 6 hari diambil, aku masih ada balance cuti selama 4 hari yang akan 'BuRn' begitu sahaja.... hu hu sayangnya....

'KoNtRak KeRja'

alhamdulilah kontrak telah disambung. dan kemungkinan besar akan diserap... tahniah gak wat kwn2 yang seangkatan dengan ku.....

Friday, February 01, 2008

KaBoT

bangun pagi dah kelam kabot coz baju anak sedara yang aku gosok mlm td tak muat(aku tukar pkai bj kurung dgn anak sdara). hu hu kiranya berat badan ini sudah meningkat. ini dah kira bagus.... penat nak naikan berat badan. tapi 'part' berat yang naik tidak sesuai, kiranya bukan part yang sepatutnya naik hu hu hu...................

sampai opis termengah2. rasa nak tercabot nyawa bawak keta laju dari highway pasir gudang ke kulai ni.... selamat lah en.am tolong punch card kan. kalau tak maunya punch card yang kuning bertukar warna kepada hijau. aku kena pertahankan rekod kedatangan aku...

banyaknya kerja hari ni tuhan jer yang tau. mana nak wat minit mesyuarat, nak sedia fail untuk audit dan nak prepare jadi auditor next week. tak menang kaki n tangan rasanya........

dan esok sudah tentunya aku kena datang opis untuk clearkan kerja yang sepatutnya aku
clearkan.......dan perancangan esok gak mayb p batu pahat nak survey 'harga Kad' atau kuak lentang atas katil je....