Wednesday, May 07, 2008
Friday, May 02, 2008
J o D O H....
lagilah 2 staff unit aku akan menamatkan zaman bujang mereka pada waktu terdekat ni. hish.... kenapalah aku dilibatkan sama. kata dari seorang 'EN" jabatan aku ni, tak sabar nak rewang kat majlis aku. kenapalah aku terbabit dengan ini citer. sabor je lah
terus terang aku katakan aku belum bersedia untuk ke alam rumahtangga..... someone special tu memang dah ada. tapi...... mungkin belum tiba masanya....TUNGGU>>>>>>>>>>>>>
petang ni kul 2.30 ada majlis sepetang di hotel the zon bersama puspanita.... antara aturcara majlis adalah persembahan artis, pocho2 & jonget lambak he he...... yang penting aku tak sabar nak makan ha ha....
Wednesday, April 30, 2008
tUnGGu....
'jangan balik dulu! kalau balik jugak esok kena datang kerja'
esok hari cuti, tapi kalau kerja esok dikira ot n leh dapat double. msg ini seolah2 ugutan buat aku. diorg ni pun satu sibuk nak datang melawat n mintak benda bukan2 last min. GERAM TOL
workmate yang lain semua dah balik so terpaksalah aku menunggu..... penantian itu satu penyeksaan buat aku. selamatlah aku tak ada wat appointment dengan sesiapa hari ini hu hu.....
so sementara menanti arahan bos seterusnya. aku updatelah apa yang patut ni.... buat semua, selamat menyambut hari pekerja!!!!
N
buat sahabatku.. AZASALINA
beliau akan menyambut harijadi esok. selamat hari jadi. semoga panjang umur dan murah rezeki. jaga baby dalam perot tu bebaik tau
DugaaN....
Tuesday, April 29, 2008
CaRa MenGHilanGkan StreSS


Mr.Ted macam tau2 je aku tengah tension n jiwa kacau. kata orang makan coklat adalah salah satu cara untuk menghilangkan rasa stress. Rasa sayang nak makan pun ada coz bentuknya yang menarik. Thank U very much Mr.Ted....
Friday, April 25, 2008
jiwa kacau
walaupun aku yang memutuskan hubungan ini. aku harus nekad melakukanya. kesannya begitu terasa. tipulah kalau aku katakan aku tak frust. untuk bangkit daripada kekecewaan bukan perkara yang mudah..
kini aku dah berjaya melupakan segalanya, walaupun kekadang ingat jugak he he....tapi panggilan dari si dia membuatkan jiwa ku kacau dan mengingatkan memori yang ingin aku lupakan.
aku tak ingin menulis lebih lanjut. tidak mahu mengingati perkara lama yang menyakitkan...aku tau dia akan melawat blog aku ini. aku harap si dia tidak membuat panggilan kepada ku lagi. berilah aku peluang hidup dengan aman. aku pun mendoakan agar si dia bahgia bersama insan tercinta......
Wednesday, April 23, 2008
aku & dia
antara aku dan dia
pernah berteman
tapi ...
jodoh bukan milik kami berdua
jalan kita berbeza
kini
dia telah pun berumahtangga
membina mahligai bahagia
dengan insan yang telah ditentukan jodoh olehNYA
jauh disudut hatiku ini
tiada dendam
tidak ingin bersengketa
kenangan lalu
biarlah kita kongsi bersama
menjadi memori antara kita
dan
pengalaman
untuk meneruskan hidup mendatang
dari kejauhan
ku dokan kau bahagia......
dan
janganlah hadir lagi dalam hidupku
menghalang perjalanan ku
kerana
haluan kita berbeza
Wednesday, April 09, 2008
c U L i K
mak : aiman!! kenapa jalan tak pegang tangan mak
aku menyuarakan pendapat aku tentang situasi tadi kepada Mr.Ted. sepatutnya si emak yang harus memegang erat tangan si anak, bukan mengharapkan si anak yang masih kecil memegang tangan si emak. apa lah yang si anak tahu sedangkan usianya baru setahun jagung. anak dah hilang baru lah nak mengelabah....
aku tak menujukan kepada sesiapa sekadar ingatan untuk diriku dan langkah berjaga-jaga untuk kalian.............
Friday, April 04, 2008
kOnTrAk BaRu
so far aku leh jalankan rutin ku mcm biasa dan semangat yang baru
dan...
ditambah kerana telah 'di SEKOLAH KAN' dengan engineer (MR.JR)
demi kebaikan
aku accept katanya dalam erti lain bual-bual kosong yang penuh makna ha ha
Tuesday, March 25, 2008
KoNtRak
lagu ni berdendang2 dalam hati aku......
tapi......
hari ni memaksakan diri datang opis untuk tandatangan 'KONTRAK' keja
mcm penyanyi lah plak tandatangan kontrak ha ha....
Saturday, March 22, 2008
HoLiDay!!!
so keputusan yang dibuat!!!!
dengan rasminya aku telah mencutikan diriku daripada kerja selama 6 hari (21, 25-28 Mac 2008). cuti ini juga sempena menghabiskan kontrak aku pada bulan MaC ini. walaupun cuti 6 hari diambil, aku masih ada balance cuti selama 4 hari yang akan 'BuRn' begitu sahaja.... hu hu sayangnya....
'KoNtRak KeRja'
alhamdulilah kontrak telah disambung. dan kemungkinan besar akan diserap... tahniah gak wat kwn2 yang seangkatan dengan ku.....
Friday, February 01, 2008
KaBoT
sampai opis termengah2. rasa nak tercabot nyawa bawak keta laju dari highway pasir gudang ke kulai ni.... selamat lah en.am tolong punch card kan. kalau tak maunya punch card yang kuning bertukar warna kepada hijau. aku kena pertahankan rekod kedatangan aku...
banyaknya kerja hari ni tuhan jer yang tau. mana nak wat minit mesyuarat, nak sedia fail untuk audit dan nak prepare jadi auditor next week. tak menang kaki n tangan rasanya........
dan esok sudah tentunya aku kena datang opis untuk clearkan kerja yang sepatutnya aku
clearkan.......dan perancangan esok gak mayb p batu pahat nak survey 'harga Kad' atau kuak lentang atas katil je....
Tuesday, January 29, 2008
'sUka SuKi'
- kErJa-
saya akan menamatkan kontrak kerja akhir bulan mac ni. so saya kena habiskan cuti tahun. cuti tahunan saya ada 20 hari lagi sehingga 31 mac 2008. tak terlarat nak habiskan. tak tau nak wat apa. saya baru habiskan 5 hari cuti tahun saya minggu lepas, ikot family angkat saya p Seremban dan Port Dickson.
- KaWan-KaWan-
kawan2 byk yang akan dan sudah melangkahkan kaki ke gerbang perkahwinan. saya mendoakan kebahagian rumahtangga mereka hingga ke akhir hayat.
buat Mr.Kerk tahniah dapat kerja baru. dah tak ada orang nak teman saya YM lagi hu2...
buat Syarifah, tahniah dapat baby.....tunggu nanti aku datang lawat ko eh..
- CuTi-
untuk tahun baru cina ni saya dah plan 'picnic' bersama seseorang. kami rancang picnic keluarga. tapi malangnya tempat yang kami rancang pergi dah tak ada tempat penginapan. so kami rancang ke tempat lain. hopefully semunya menjadi......
Saturday, December 15, 2007
'BoLa'
kalau dulu aku suka mempelekehkan orang yang tengok bola. aku rasa kan diaorang buang masa je tengok bola dan berebut2 bola. tapi sekarang apa yang aku rasa bila tengok bola, segala masalah aku lupa coz perhatian kita tertumpu kepada pemain2 bola di padang.
next week aku ada perlawanan netball plak. hu2 aku dah tak ingat nak main coz dah lama aku lupakan bola jaring ni. kawan2 wish me luck k!
Saturday, September 22, 2007
"dUHaI SaHaBaT"
apa guna sebuah persahabatan
jika tiada kejujuran
apa guna sebuah pesahabatan
jika tiada persefahaman
apa guna sebuah persahabatan
jika tiada tolak ansur
apa guna sebuah persahabatan
jika tiada sifat amanah
apa guna aku bersahabat dengan mu....
jika engkau tidak menghargai kehadiran ku.................
Tuesday, September 18, 2007
ReZeKi
sejak akhir2 ni bila aku nak rasa nk mkn something mst petang abah bwk balik walaupun tak tau aku teringin nak mkn. mungkin gerak hati sorg ayah kpd anaknya atau kebetulan semata2. aritu aku nampak orang jual cendol mcm sedap je, then sblum buka abah bwk balik cendol. smlm plak teringat bubur lambuk, petang abah bawak balik bubur lambuk. macam tetau je. itulah nama nya REZEKI.
tapi yang paling seronok arini aku buka pose reramai coz my second bro n family nak bebuka bersama....seronoknya
SeLaMat BerPoSe N SeLaMaT BeRbUka BilaTiba Waktu nya
Saturday, September 08, 2007
uMpaN, TiPu & KeSelaMataN
then sy suh sarahmon ambik afimon. mula2 dia tak nak, tp selamatlah sarahmon kakak yang pandai menjaga dan mengumpan adik dia dengan patung ulat bulu dan lampu di sekeliling jalan. sy risau keselamatan kami semua. dan dah membayangkan ditahan oleh polis trafik.hu hu...... tak sanggup kena saman.
alhamdulilah selamat sampai ke destinasi yang kami tuju.dan saya senang menjaga anak-anak sedara yang tak banyak ragam. mungkin tahu ibubapa mereka tiada dan mereka pandai menjaga diri.
aktiviti petang ini ke kota tinggi. survey harga perabot jati he2......dan mencuci mata....
Wednesday, September 05, 2007
"RaKsaKsA"
sabtu lepas saya turun ke dapur bersama anak sedara. al-maklum jelah bila budak yang baru berada di dalam darjah 3 turun ke dapur dan bagaimana huru haranya. tangan kanan saya terkena minyak panas. dan terdapat lah kesan melecur yang kehitam-hitaman.
hari isnin di opis rakan-rakan saya semua bertanya kenapa dgn tangan saya. saya menjawab dengan selamba terkena sakit RAKSAKSA. mereka mula terpinga2 dan kemudian mula mengejek saya walaupun kesan di tangan masih boleh hilang tetapi mengambil masa. sejak dari itu saya dapat mendalami bagaimana perasaan budak raksaksa di dalam drama itu. dan kalaulah saya berada dalam keadaan budak itu, mungkin saya rasa tekaan yang amat kuat. dan.......... adakah saya mampu berhadapan dengan segala dugaan yang beliau alami.
Oleh yang demikian, bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling anda. Hargailah orang di sekeliling anda walau apa jua pun keadaannya. Kita mahluk ALLAH yang hanya menumpang sementara dibumiNYA.
Saturday, August 18, 2007
'BiSaKaH'
PERNAH KU TERASA INGIN MEMBAWA
CINTA YANG TERLARANG KE TITIK MULA
KEMBALI MENCUBA TUK KALI KE-2
MENGHILANGKAN GERHANA JIWA
PERNAH KU TERASA INGIN MERAYU
PARAH KASIH DULU PULANG PADAKU
LUPAKAN DOSAKU
PUTIH DAN KELABU
TENANGKAN AMARAH MU,
NAMUN..................
BISAKAH YANG TERPADAM DI NYALA
BISAKAH YANG TERHINA DI CINTA
WALAU KU HIMPUNKAN SESALKU
BISAKAH TERBUKA KALBU
TAK PERLU MEMINTA KU UNGKAP KATA
SEINDAH BAHASA JANJIKAN SETIA
AGAR BERSEMILAH CINTA DIHATINYA
PERCAYA KU SEMULA
NAMUN.....
BISAKAH YANG BENCI DISAYANGI
BISAKAH YANG DUSTA DIMAAFI
WALAU KU HIMPUNKAN SESALKU
BISAKAH TERBUKA KALBU
BILA SENDUKU BERLINANG SAYU
DALAM RINDU KU TERTANYA
p/s: lately suka sgt dengar lagu bisakan ini, nyanyian siti nurhaliza.
post ini tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati.
Wednesday, August 08, 2007
BENGANG!
AMARAN UTK Si LELAKI PENCANANG CERITA!
ko menunding jari pada orang lain. ingatlah
sikit bila 1 tangan telunjuk ko menunding jari kepada
aku, jari-jari ko yang lain menunding pada diri ko sendiri.
PENDAPAT & JALAN PENYELESAIAN................
Aku tak ambik tindakan kepada dia pun. menyerang dia pun tidak. lagipun bukan sekali ni aku kena. dah banyak kali. dan aku hanya mendiamkan diri, kerana aku tahu TUHAN MAHA BERKUASA untuk membalasnya. Satu lagi perkara yang menjadi pegangan aku dan panduan untuk menabahkan diri supaya lebih banyak bersabar ialah "DOA ORANG YANG TERANIAYA AKAN DI MAKBULKAN".