Wednesday, April 30, 2008

tUnGGu....

aku tengah kemas2 nak balik. tetiba msg hp aku berbunyi...msg daripada bos

'jangan balik dulu! kalau balik jugak esok kena datang kerja'

esok hari cuti, tapi kalau kerja esok dikira ot n leh dapat double. msg ini seolah2 ugutan buat aku. diorg ni pun satu sibuk nak datang melawat n mintak benda bukan2 last min. GERAM TOL
workmate yang lain semua dah balik so terpaksalah aku menunggu..... penantian itu satu penyeksaan buat aku. selamatlah aku tak ada wat appointment dengan sesiapa hari ini hu hu.....

so sementara menanti arahan bos seterusnya. aku updatelah apa yang patut ni.... buat semua, selamat menyambut hari pekerja!!!!

N

buat sahabatku.. AZASALINA
beliau akan menyambut harijadi esok. selamat hari jadi. semoga panjang umur dan murah rezeki. jaga baby dalam perot tu bebaik tau

DugaaN....

serabut rasa kepala ni. lepas satu masalah, masalah lain plak yang timbul. pening kepala ni.... masalah datang bertimpa-timpa... mungkin inilah dugaan daripadaNYA. aku harap aku akan dapat menghadapi segalanya dengan tenang dan dalam keadaan yang waras.
** PERCUTIAN**
perancangan esok aku akan ke penyabung, mersing. tapi oleh kerana ada sebab2 yang tak dapat dielakkan percutian ini terpaksa dibatalkan....

Tuesday, April 29, 2008

CaRa MenGHilanGkan StreSS

Mr.Ted macam tau2 je aku tengah tension n jiwa kacau. kata orang makan coklat adalah salah satu cara untuk menghilangkan rasa stress. Rasa sayang nak makan pun ada coz bentuknya yang menarik. Thank U very much Mr.Ted....

Friday, April 25, 2008

jiwa kacau

jiwa aku betol2 kacau sejak menerima panggilan daripada si dia yang pernah bergelar 'insan istimewa' dalam hidupku.... si dia dah lama mendiamkan diri dan sudahpun berumah tangga. aku tau dia sudah berkahwin pun daripada sumber2 yang boleh dipercayai.

walaupun aku yang memutuskan hubungan ini. aku harus nekad melakukanya. kesannya begitu terasa. tipulah kalau aku katakan aku tak frust. untuk bangkit daripada kekecewaan bukan perkara yang mudah..

kini aku dah berjaya melupakan segalanya, walaupun kekadang ingat jugak he he....tapi panggilan dari si dia membuatkan jiwa ku kacau dan mengingatkan memori yang ingin aku lupakan.

aku tak ingin menulis lebih lanjut. tidak mahu mengingati perkara lama yang menyakitkan...aku tau dia akan melawat blog aku ini. aku harap si dia tidak membuat panggilan kepada ku lagi. berilah aku peluang hidup dengan aman. aku pun mendoakan agar si dia bahgia bersama insan tercinta......

Wednesday, April 23, 2008

aku & dia


antara aku dan dia
pernah berteman

tapi ...
jodoh bukan milik kami berdua
jalan kita berbeza

kini
dia telah pun berumahtangga
membina mahligai bahagia
dengan insan yang telah ditentukan jodoh olehNYA

jauh disudut hatiku ini
tiada dendam
tidak ingin bersengketa

kenangan lalu
biarlah kita kongsi bersama
menjadi memori antara kita
dan
pengalaman
untuk meneruskan hidup mendatang

dari kejauhan
ku dokan kau bahagia......

dan
janganlah hadir lagi dalam hidupku
menghalang perjalanan ku

kerana

haluan kita berbeza



Wednesday, April 09, 2008

c U L i K

sewaktu berjalan2 dengan Mr.Ted di Street Mall Danga Bay, kami selisih jalan dengan sebuah kuarga. si ayah yang mendukung anak kecil serta si mama dan anak yang sudah pandai berjalan


mak : aiman!! kenapa jalan tak pegang tangan mak



aku menyuarakan pendapat aku tentang situasi tadi kepada Mr.Ted. sepatutnya si emak yang harus memegang erat tangan si anak, bukan mengharapkan si anak yang masih kecil memegang tangan si emak. apa lah yang si anak tahu sedangkan usianya baru setahun jagung. anak dah hilang baru lah nak mengelabah....

aku tak menujukan kepada sesiapa sekadar ingatan untuk diriku dan langkah berjaga-jaga untuk kalian.............

Friday, April 04, 2008

kOnTrAk BaRu

aku dah mula kerja dengan 'KONTRAK YANG BARU'

so far aku leh jalankan rutin ku mcm biasa dan semangat yang baru

dan...

ditambah kerana telah 'di SEKOLAH KAN' dengan engineer (MR.JR)

demi kebaikan

aku accept katanya dalam erti lain bual-bual kosong yang penuh makna ha ha