Saturday, December 15, 2007

'BoLa'

aku bukan peminat no. 1 bola sepak. tapi sejak aku tengok staff2 tempat kerja aku bersemangat lawan bola sempena 'hari keluarga' aku jadi seronok plak.

kalau dulu aku suka mempelekehkan orang yang tengok bola. aku rasa kan diaorang buang masa je tengok bola dan berebut2 bola. tapi sekarang apa yang aku rasa bila tengok bola, segala masalah aku lupa coz perhatian kita tertumpu kepada pemain2 bola di padang.

next week aku ada perlawanan netball plak. hu2 aku dah tak ingat nak main coz dah lama aku lupakan bola jaring ni. kawan2 wish me luck k!

Saturday, September 22, 2007

"dUHaI SaHaBaT"

duhai sahabat.....

apa guna sebuah persahabatan
jika tiada kejujuran

apa guna sebuah pesahabatan
jika tiada persefahaman

apa guna sebuah persahabatan
jika tiada tolak ansur

apa guna sebuah persahabatan
jika tiada sifat amanah

apa guna aku bersahabat dengan mu....
jika engkau tidak menghargai kehadiran ku.................

Tuesday, September 18, 2007

ReZeKi

alhamdulilah... masuk hari ni dah 6 hari berpuasa. dalam bulan puasa ni terlalu banyak bazar ramadahan. bila p pasar ramadhan mcm2 rasa nak makan. tiba waktu berbuka plak tak terluak makanan pun he2. last2 tong sampah yang makan ... tu lah orang kata berbelanja jangan mengikot nafsu.

sejak akhir2 ni bila aku nak rasa nk mkn something mst petang abah bwk balik walaupun tak tau aku teringin nak mkn. mungkin gerak hati sorg ayah kpd anaknya atau kebetulan semata2. aritu aku nampak orang jual cendol mcm sedap je, then sblum buka abah bwk balik cendol. smlm plak teringat bubur lambuk, petang abah bawak balik bubur lambuk. macam tetau je. itulah nama nya REZEKI.

tapi yang paling seronok arini aku buka pose reramai coz my second bro n family nak bebuka bersama....seronoknya

SeLaMat BerPoSe N SeLaMaT BeRbUka BilaTiba Waktu nya

Saturday, September 08, 2007

uMpaN, TiPu & KeSelaMataN

semalam balik dari opis terus ke senai ambik anak sedara. sy kena jaga 3 orang anak sedara coz mama dia p kl n ayah dia ada kerja. pas maghrib sy gerak semula terus ke kulai. afimon nak duduk dengan saya.mcm mana nak memandu dengan pangku afimon. wat sementara sy biorkanlah dia duduk dengan sy coz tak nak dia menangis.

then sy suh sarahmon ambik afimon. mula2 dia tak nak, tp selamatlah sarahmon kakak yang pandai menjaga dan mengumpan adik dia dengan patung ulat bulu dan lampu di sekeliling jalan. sy risau keselamatan kami semua. dan dah membayangkan ditahan oleh polis trafik.hu hu...... tak sanggup kena saman.

alhamdulilah selamat sampai ke destinasi yang kami tuju.dan saya senang menjaga anak-anak sedara yang tak banyak ragam. mungkin tahu ibubapa mereka tiada dan mereka pandai menjaga diri.

aktiviti petang ini ke kota tinggi. survey harga perabot jati he2......dan mencuci mata....

Wednesday, September 05, 2007

"RaKsaKsA"

saya rasa semua orang minat tengok citer "RAKSAKSA" setiap ari ahad jam 9.00mlm. saya juga tak pernah terlepas peluang menontonnya. apa kah perasaan anda jika mendapat penyakit kulit seperti pelakon utama dalam drama berkenaan???

sabtu lepas saya turun ke dapur bersama anak sedara. al-maklum jelah bila budak yang baru berada di dalam darjah 3 turun ke dapur dan bagaimana huru haranya. tangan kanan saya terkena minyak panas. dan terdapat lah kesan melecur yang kehitam-hitaman.

hari isnin di opis rakan-rakan saya semua bertanya kenapa dgn tangan saya. saya menjawab dengan selamba terkena sakit RAKSAKSA. mereka mula terpinga2 dan kemudian mula mengejek saya walaupun kesan di tangan masih boleh hilang tetapi mengambil masa. sejak dari itu saya dapat mendalami bagaimana perasaan budak raksaksa di dalam drama itu. dan kalaulah saya berada dalam keadaan budak itu, mungkin saya rasa tekaan yang amat kuat. dan.......... adakah saya mampu berhadapan dengan segala dugaan yang beliau alami.

Oleh yang demikian, bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling anda. Hargailah orang di sekeliling anda walau apa jua pun keadaannya. Kita mahluk ALLAH yang hanya menumpang sementara dibumiNYA.

Saturday, August 18, 2007

'BiSaKaH'

PERNAH KU TERASA INGIN MEMBAWA

CINTA YANG TERLARANG KE TITIK MULA

KEMBALI MENCUBA TUK KALI KE-2

MENGHILANGKAN GERHANA JIWA

PERNAH KU TERASA INGIN MERAYU

PARAH KASIH DULU PULANG PADAKU

LUPAKAN DOSAKU

PUTIH DAN KELABU

TENANGKAN AMARAH MU,

NAMUN..................

BISAKAH YANG TERPADAM DI NYALA

BISAKAH YANG TERHINA DI CINTA

WALAU KU HIMPUNKAN SESALKU

BISAKAH TERBUKA KALBU

TAK PERLU MEMINTA KU UNGKAP KATA

SEINDAH BAHASA JANJIKAN SETIA

AGAR BERSEMILAH CINTA DIHATINYA

PERCAYA KU SEMULA

NAMUN.....

BISAKAH YANG BENCI DISAYANGI

BISAKAH YANG DUSTA DIMAAFI

WALAU KU HIMPUNKAN SESALKU

BISAKAH TERBUKA KALBU

BILA SENDUKU BERLINANG SAYU

DALAM RINDU KU TERTANYA


p/s: lately suka sgt dengar lagu bisakan ini, nyanyian siti nurhaliza.
post ini tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati.



Wednesday, August 08, 2007

BENGANG!

aku bengang sgt dgn workmate aku. sebelum ni mmg aku ada terdengar kata2 belakang dia pasal aku. tapi aku tak pasti untuk menuduh. semalam ada orang yang dengar dan menyampaikan kat aku. sakitnya hati tuhan sahaja yang tau. yang mencanang cerita LELAKI pulak tu. jangan sangka lelaki tak pandai mengata dan mengumpat tau.

AMARAN UTK Si LELAKI PENCANANG CERITA!

Jangan kerana ko nak melepaskan diri ko,
ko menunding jari pada orang lain. ingatlah
sikit bila 1 tangan telunjuk ko menunding jari kepada
aku, jari-jari ko yang lain menunding pada diri ko sendiri.


PENDAPAT & JALAN PENYELESAIAN................

Aku tak ambik tindakan kepada dia pun. menyerang dia pun tidak. lagipun bukan sekali ni aku kena. dah banyak kali. dan aku hanya mendiamkan diri, kerana aku tahu TUHAN MAHA BERKUASA untuk membalasnya. Satu lagi perkara yang menjadi pegangan aku dan panduan untuk menabahkan diri supaya lebih banyak bersabar ialah "DOA ORANG YANG TERANIAYA AKAN DI MAKBULKAN".

Tuesday, July 24, 2007

'rOda KeHidUpan'

rindu
bila teringat orang yang tersayang

sakit hati, sedih
bila orang tersayang meninggalkan kita

tapi...
apakan daya
itulah lumrah kehidupan

pertemuan....
perpisahan......
jodoh.........ajal dan maut
di tangan TUHAN

hanYa DoA yG daPat Ku KiRimKan
sEbagai Ingatan!