Monday, June 26, 2006

'eLeRgI SePi' (Azharina)

saat mentari berlalu
rembulan pun bertamu
hatiku semakin sayu dalam kesamaran waktu

mengapakah rindu ku
masih ada dalam kalbu
sedangkan cinta itu sudah berlalu

mungkinkah rasa bersalah
masih menghimpit jiwa
sedangkan ku terlalu tekad
membuat mu terluka

dikau yang begitu setia
tabah hadapi segala
namun ku menjadi alpa sesal akhirnya

aku pinta kepada mu
maafkanlah kesilapan ku
aku tahu kau dan aku
tidak mungkin akan menyatu

biarlah doa tulus ku
mengiringi jalanmu
dan
menebus khilafku terhadapmu

Friday, June 23, 2006

hIDup,CinTa & AiR MaTA

Dah lama sangat tak update blog ni. Alhamdulilah..So far sy dah bekerja. Pada awalnya banyak konflik yang berlaku kerana tawaran kerja ni.Tapi semua sudah dpt diatasi.Walaupun hanya memegang jawatan 'KONTRAK' ia tak menjadi penghalang. Kontrak saya akan selesai pada tahun 2008. Alhamdulilah pejalanan kerja berjalan lancar, dapat klik pun baik2 belaka. Yang penting dapat bos(uncle Am) yang senang bertolak ansur dan tak cerewet mcm bos lain he2. Uncle Am tengah mabuk becinta dgn Shira skrg, so x adalah nak marah2....

Macam2 yang berlaku selama ni. alhmdulilah konvo dah selesai tp saya x merasai kegembiraan langsung, mungkin kerana konflik yg melanda jiwa.Sedih sgt bila hanya ibu bapa je yg hadir, insan terSYG...... walaupun begitu, sy sempat buat panggilan pd HEART sblum konvo bermula, solah2 dia ada disis.Memang terkilan dr awal lg, dr sesi ambik jubah. HEART buat x tau je seolah2 sy tak penting lg.Padahal sy dah beritahu awal tp HEART sibuk nak p TMNn.memang dr awal HEART dah memberi tanda ketidakhadiran pd konvo sy.....Silap sy memendam apa yg sy rasa selama ni.dan mungkin juga kerana sy jelous dgn smbutan konvo dia pd bekas GFnya.

Kerana kesilapan sy memberi ruang HEART melancarkan kata2 rahsia antara kami,hbgn kami punah.Skrg HEART dah tiada dsisi.sampai skrg sy merasai impaknya.silapnya dtg drp sy sndiri krn tak dpt selamatkan hbng ini.tapi apa kan daya kerana "RESTU" yg diingini punah dlm sekelip mata.sampai skrg sy masih meratapi ketiadaannya di sisi....Tapi kehadiran HEART dlm hidup sy akan sy kenang selamanya kerana HEART adalah 'sejarah besar' hidup sy.

Terlebih dahulu sy memohon maaf kepada sesiapa yg terasa.Bukan niat untuk menyakitkan atau memburukan mana2 pihak.tapi soal cinta, sukar bg sy nak berkongsi dng org lain.setiap individu x mempunyai pendapat yang sama dlm soal hati dan cinta.biarlah balduputeh menjd tempat luahan rasa dan ruang utk sy melempiaskan sglnya.asalkan ia tidak terus berbuku dlm hati dan membuat sy lebih menderita.lagipun tak ramai yang tahu tentang blog ini kecuali org2 tertentu sahaja.Sy hrp org2 tertentu itu paham...

Walau apa pun tjd hdup mesti dteruskan.sy masih mempunyai tanggungjwb, keluarga dan rakan2.Buat teman2 terima kasih atas kata2 semangat dan nasihat kalian......Untuk melupakan sglanya sy byk menyibukan diri di pejabat.masa sy skrg byk habis dirumah.sy memerlukan xtiviti yg baru utk kembali berdiri membangkitkan semangat... :)

untuk teman2 yg akan meyambung semester good luck n study smart ok.Jika ada rezeki sy akan mengikut jejak kalian........wslm

Tuesday, January 03, 2006

LeMbARan BaRU!

SELAMAT TAHUN BARU!
Dah lama tak menulis. Buahati saya kata saya malas. Tapi sebenarnya tak ada masa dan malas nak pegi cc. Ada gak la M_ _ _ _ nya tu he2.... So far sekarang ni still dok umah, pas dapat keputusan. Menjawat jawatan sebagai permaisuri rumah merangkap sebagai pemandu. Barang2 kat tmpt sy belajor tak amek lagi, tp selamat ada umah makcik so selamatlah sket brg2 disane. Rindu gak nak balik ke bumi j---- yang penuh dgn kehijauan.
Semalam teman buahati survey tempat kerjanya di plentong. Saya tak penah request suh keja di bumi jb ni. Tp rezeki orang kl kat jb plak, nak wat macam maner. Then dia teman saya berbuka puasa(puasa ganti). Pas makan trus dia anta sy balik. Tak sampai ati nak dera, he2 tak pe ada banyak masa lagik. Esok ada orang ajak saya ke mahkamah???? Best gak leh tgk gelagat dan protokol mahkamah. Ikutkan hati tak nak pegi, tengoklah mood macam mana esok.
Buat teman2 yang dapat further degree tahniah saya ucapkan. Miss u all. Saya menanti bulan jatuh ke riba then baru further he2. Sebenarnya saya tak apply. Ada urusan lain yang harus saya selesaikan..... Buat sahabatku Siti Norzarina teruskan pejuangan ok. El akan menyusul kemudian.....