Wednesday, September 05, 2007

"RaKsaKsA"

saya rasa semua orang minat tengok citer "RAKSAKSA" setiap ari ahad jam 9.00mlm. saya juga tak pernah terlepas peluang menontonnya. apa kah perasaan anda jika mendapat penyakit kulit seperti pelakon utama dalam drama berkenaan???

sabtu lepas saya turun ke dapur bersama anak sedara. al-maklum jelah bila budak yang baru berada di dalam darjah 3 turun ke dapur dan bagaimana huru haranya. tangan kanan saya terkena minyak panas. dan terdapat lah kesan melecur yang kehitam-hitaman.

hari isnin di opis rakan-rakan saya semua bertanya kenapa dgn tangan saya. saya menjawab dengan selamba terkena sakit RAKSAKSA. mereka mula terpinga2 dan kemudian mula mengejek saya walaupun kesan di tangan masih boleh hilang tetapi mengambil masa. sejak dari itu saya dapat mendalami bagaimana perasaan budak raksaksa di dalam drama itu. dan kalaulah saya berada dalam keadaan budak itu, mungkin saya rasa tekaan yang amat kuat. dan.......... adakah saya mampu berhadapan dengan segala dugaan yang beliau alami.

Oleh yang demikian, bersyukurlah dengan apa yang ada di sekeliling anda. Hargailah orang di sekeliling anda walau apa jua pun keadaannya. Kita mahluk ALLAH yang hanya menumpang sementara dibumiNYA.

No comments: